KEJADIAN TIDUR DI SEKOLAH WAKTU CAMP UPSR (PENUNGGU SEKOLAH) PART 2
Cerita ini adalah sambungan dari cerita sebelumnya. Cerita yang aku buat ini memang agak panjang dan aku terpaksa buat part 2. Kejadian waktu umur aku 12 tahun itu memang agak menyeramkan. Bila kita baca, terasa agak pendek ceritanya. Tapi apa yang aku alami waktu itu, memang terasa agak panjang dan lama. Hai maklum lah, kejadian berlaku sepanjang malamkan. So tanpa buang masa, aku akan cerita sambungannya. Waktu itu aku tersedar lagi dari tidur lena aku, aku pun tak tahu jam berapa waktu itu. Yang aku rasa sebab aku tak tahan nak pergi tandas, aku pun bangun tanpa aku prhatikan keadaan sekeliling. Aku pun berjalan keluar dari bilik darjah dan aku ambil laluan depan menuju ke tandas. Sepanjang jalan, aku tak ada rasa apa-apa pelik waktu itu. Hanya suasana sejuk yang buat bulu roma aku meremang dan rasa nak kencing aku tinggi. Bila aku sampai sahaja di tandas, aku terus melepaskan hajat kecil aku. Tiba-tiba aku terdengar sesuatu yang jatuh dalam tandas di ...