KAMPUNG TERSOROK (BUNIAN)
Kejadian ini berlaku di negeri PERAK MALAYSIA di belakang rumah sewa aku sendiri. Rumah sewa aku pula terletak di area HUTAN MELINTANG, PERAK MALAYSIA. Nama kampung yang aku tinggal itu adalah JALAN TEPI SUNGAI, KAMPUNG SEKOLAH. Waktu ini aku dan kawan aku bercadang untuk tanam sayur di belakang rumah, sebab tanah belakang rumah itu agak luas. Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku ke atas diri aku sendiri selama aku disana. Kejadian berlaku sekitar jam 4 ke 5 petang macam tu, so tanpa membuang masa, aku akan ceritakan sekarang macam mana ia berlaku.
Cerita ini bermula waktu aku nak ke ECO SHOP, SIMPANG AMPAT (RM2.60 SHOP) sana. Waktu itu aku plan nak beli plastik sampah kecil dan besar untuk letak di rumah sewa aku sana. First aku nak pergi sendiri, tiba-tiba pula kawan aku nak ikut. Aku pun suruh dia bersiap cepat sementara aku merokok di depan rumah. Sementara aku menunggu, aku tergerak hati nak tengok belakang rumah, ada tak sesuatu yang aku nak tambah lagi pembelian nanti. Kebetulan pula kawan aku muncul dari belakang dan bercakap pada aku:
"APA KATA KALAU KITA BERSIHKAN BELAKANG RUMAH INI DAN KITA BUAT KEBUH SAYUR DI BELAKANG SINI?? JIMAT SIKIT DUIT".
Aku pun rasa apa yang kawan aku cakap ni ada betulnya juga, kebetulan pula aku dan kawan aku ada kemahiran menanam sayur. So aku pun angguk kan kepala tanda setuju dan aku terus ada idea nak beli barang apa nanti. Aku pun bertanya pada kawan aku:
"KAU DAH SIAP KE??"
Dia pon jawab balik:
"SIAP DAH, JOM LAH KITA GERAK"
Aku pun drive kereta dengan kawan aku ke eco shop sana. Sampai ja di kedai itu, aku pun terus capai bakul dan ambil barang keperluan yang aku nak gunakan. Sementara itu pula, kawan aku pun mula cari barang yang dia nak gunakan untuk buat kebun sayur di belakang rumah sana. Selepas selesai semua pencarian barang-barang, kami berdua pun beredar pulang kerumah. Sesampai di rumah, terus letak barang, ganti baju dan terus lanjutkan tugas pembersihan di belakang rumah. Kawan aku apa lagi, dia terus potong semak samun yang tinggi-tinggi di kawasan situ. Memang betul, semak-semak belakang rumah tu tinggi-tinggi semuanya, sampaikan permandangan rumah belakang tu tak nampak macam kebun dah.
Di pendek kan cerita, waktu aku tengah bersih-bersihkan sampah di kawasan situ. Kawan aku panggil nama aku:
"ACHIK.. SINI KEJAP"
Aku terus pergi kearah dia dan bertanya:
"KENAPA MAT??"
Kawan aku jawab:
"ADA KEBUN PISANG KE BELAKANG RUMAH KITA??"
Aku tergamam tengok keluasan kebun pisang tu, lepas itu aku terus call oner rumah dan aku bertanya pada dia:
"AUNTY.. BELAKANG RUMAH NI ADA KEBUN PISANG KE??"
Oner rumah tu jawab:
"ADA2.. TAPI GUA TAK MAU SUDAH LOH ITU KEBUN, KALAU LU ORANG MAU. LU ORANG JAGA LAH. KASI BERSIH-BERSIH SAJA MA."
Bila aku dengar ja oner rumah cakap macam tu, memang rezeki aku lah makan hasil pisang hari-hari.. hahahaha. Memang patut pun aku tak nampak ada kebun pisang dekat situ, sebab semak-semak situ pun tebal dan tinggi-tinggi semuanya. Sampai tertutup jalan ke situ. Aku dan kawan aku pun bersihkan kawasan situ cepat-cepat dengan hati gembira. Rezeki kan, kenapa aku nak tolak. hahahaha. Contoh gambaran yang aku boleh bagi adalah:
Bila dah bersih kawasan rumah belakang tu, aku pun perhatikan keluasan kebun pisang tu, besar juga kawasan tu. Ada beberapa pokok pisang yang dah pun keluarkan buahnya. Aku pun jagalah dengan baik kebun itu. Kawan aku pulak, dia tengah buat pembatasan untuk tanam benih-benih sayur. Aku pun bantu dia siapkan semuanya. Alhamdulilah, semuanya siap dengan sempurna. Kami berdua pun bersihkan badan kami sebab kotor kan bila buat kebun-kebun ni, memang becak sana sini dengan tanah. Lepas siap bersih-bersih, kami berdua berdiri sejenak dan melihat hasil yang kami buat. Memang cantik gila belakang rumah kami, luas ja bila dah bersihkan semuanya.
Tiba-tiba dalam aku perhatikan hasil pembersihan kami berdua, mata aku pula tertumpu pada kebun pisang tadi. Disitu aku macam ada terpandang sesuatu yang sedang bergerak-gerak, seperti sekumpulan manusia yang sedang berjalan ramai-ramai. Aku perhatikan saja kawasan situ tanpa berkata apa-apa. Kebetulan pula waktu itu aku memang sudah penat. Ye lah, seharian kan buat kebun di belakang rumah. Mana tak penatnya badan, kebetulan pula waktu itu memang dah nak masuk waktu mahgrib, so aku tak pikir panjang apa yang aku nampak itu. Normal lah time-time mahgrib macam ni, memang banyak bende-benda yang tak sepatutnya berlegar-legar. Tiba-tiba pula kepala aku terlintas 1 pikiran seperti cerita orang lama-lama soal kebun pisang. Mereka selalu cerita yang kebun pisang selalunya memang akan ada penunggunya. Aku pun senyum sinis dan gelengkan kepala bila aku teringat cerita-cerita orang dulu-dulu. Cerita yang sengaja nak takutkan budak-budak... hahahaha. Contoh gambaran yang aku nampak tadi adalah seperti ini:
Aku pun masuk rumah dan terus mandi sebab nak solat mahgrib kan, kawan aku ni pula, dia simpan semua pekakas yang kami gunakan tadi. Selesai mandi dan solat, aku dan kawan aku terus melepak di ruang tamu macam biasa. Waktu tu pula, aku terlupa nak buka lampu luar, sebab biasanya memang aku akan buka lampu luar untuk terangkan jalan kampung itu. Sebab rumah aku kan adalah rumah pertama yang terletak berhampiran jalan keluar kampung. Waktu aku nak hidupkan lampu luar tu, aku ternampak ada seorang pak cik sedang berjalan depan rumah aku menuju ke arah belakang rumah aku. Tapi yang buatkan aku pelik, cara pemakian yang dia pakai macam pendekar zaman-zaman dulu. Aku pula malas nak fikir, aku buka lampu luar dan aku terus ke dapur untuk makan malam.
Aku dan kawan aku pun duduk di dapur dan makan malam macam biasa. Selepas itu, aku rasa macam gatal-gatal pada tangan aku, tapi aku tak terlalu hiraukan sangat. Sebab waktu itu aku tak perasan yang ada terjadi sesuatu pada tangan aku, sebab aku memang sentiasa pakai baju lengan panjang dan seluar panjang. Sangat jarang aku pakai yang pendek-pendek ni kalau berhadapan dengan orang yang tiada hubungan sedarah. Rasa gatal semakin meninggi, bertambah pula rasa gatal itu bercampurdengan rasa pedih. Aku pun periksa lah tangan aku dan alangkah terkejutnya aku yang tangan aku penuh dengan calar balar merah. Gambaran yang aku boleh berikan adalah:
Aku betul-betul memang tak perasan yang tangan aku macam ni, aku terus tanya kawan aku:
"MAT.. TANGAN KAU GATAL JUGA TAK?? TANGAN AKU CALAR DOH"
Dia pon jawab:
"TAK ADA PULA. MUNGKIN TADI KOT MASA KAU POTONG SEMAK TU. KAN DAUN SEMAK TU SEMUANYA TAJAM2 MACAM PISAU"
Aku pun angguk kan kepala ja, mungkin betul apa yang kawan aku cakap. Aku pun ambil minyak gamat dan sapu tangan aku dengan minyak, lepas tu aku sambung makan balik. Lepas selesai makan, aku dengan kawan aku macam biasalah duduk di ruang tamu sambil main Hp. Kami berdua main Hp sambil berbual pasal kebun belakang rumah. Macam-macam plan yang kami nak tanam, yelah nak jimat kan duit belanja kan. Memang kene pandai lah buat 1 plan supaya bekalan keperluan kami berdua tak sangkut. Kawan aku bersuara:
"AKU RASA KAN, BELAKANG RUMAH TU, TANAH DIA MACAM OK BUAT TANAM SAYUR"
Aku pun jawab balik:
"HA AH, AKU PUN PERASAN JUGA. TAPI AKU PLAN NAK MASUK POKOK BUNGA JUGA UNTUK JADIKAN PAGAR BELAKANG RUMAH. BIAR NAMPAK CANTIK JA HALAMAN BELAKANG TU"
Kawan aku cakap lagi:
"TAPI KITA KENE CARI KAYU JUGA BESOK NAK BUAT PEMBATASAN TANAM TIMUN DENGAN SAYUR-SAYUR JALAR YANG LAIN"
Aku pun angguk kan kepala ja, sebab kawan aku ni, dia lebih berpengalaman lebih daripada aku. Aku pun tak bantah banyak apa yang dia cakap. Yang aku tahu, cukup bulan atau cukup tahun ada hasil saja buat aku makan. Kalau banyak sangat, boleh jual dekat pasar.. hahahaha. Selesai kami berbual soal itu, tiba-tiba aku teringat balik soal pak cik yang aku nampak tadi. Sebab pak cik itu aku tak pernah nampak sebelum ini di kampung ini, first time aku nampak. Tapi yang buat aku bertambah pelik lagi, pak cik ni muncul dari mana dan tiba-tiba ada di kawasan rumah aku. Lepas tu dia menuju ke arah belakang rumah dan menghilang di sana, itu yang buat aku pelik. Yang aku tahu sekarang, deretan rumah aku semuanya cina dan warga asing sikit. So aku pelik lah, mana datang pak cik melayu tu?? Gambaran yang boleh aku jadikan contoh seperti ini:
Di pendek kan cerita, aku dan kawan aku pun tidur malam tu. Suasana waktu itu memang sejuk dan aku macam biasalah pakai pakaian tebal dan selimut tebal-tebal.. hahaha. Tiba-tiba aku tersedar ntah pukul berapa, aku terdengar macam ada suara riuh rendah belakang rumah. Suara itu macam seolah-olah ada majlis keramaian, waktu itu aku hanya fikir mungkin saudara mara jiran sebelah rumah datang dan berbual. Tapi bila fikir balik suara ini macam lain sedikit, sebab aku terdengar ada suara alunan alat musik melayu lama-lama. Aku pun berkata pada diri aku:
"TAK KAN ORANG-ORANG CINA SINI SUKA DRAMA P RAMLEE KOT??"
Dalam kepelikan itu, aku tergelak kecil bila aku fikirkan apa yang aku cakap itu. Aku pun tak menghiraukan sangat apa yang aku dengar. Aku pun sambung tidur balik. Dalam jam 2 pagi macam tu, aku terjaga balik sebab suara itu sangat kuat yang buatkan aku tidak boleh nak tidur lena. Aku pun perhatikan ke arah tingkap dapur dari ruang tamu, cahaya di belakang terang menderang dengan lampu dari tempat suara itu muncul. Aku pun bangun dan terus pergi ke dapur untuk liahat apa yang ada di belakang. Waktu itu rasa ingin tahu aku tinggi sangat-sangat, aku pun tengok di belakang, alangkah terkejutnya aku bila aku nampak di area kebun pisang itu ada kampung yang sangat-sangat cantik. Aku tak dapat nak bagitahu cantik dia tu macam mana tau, cantik sangat-sangat.
Di kampung itu pula ramai orang yang sedang menari dan makan-makan, kelihatan seperti ada pesta besar-besaran di kampung itu. Tapi yang buat aku lagi terkejut, pak cik yang aku nampak waktu mahgrib tadi, ada di pintu gerbang kampung itu. Dia melihat ke arah aku dan melambaikan tangan dia macam dia jemput aku datang kesana. Waktu itu aku hanya rasa pelik dan terpegun sahaja, perasaan takut memang tiada waktu itu. Aku hanya tergamam dan mata aku tidak beralih dari memandang kearah pak cik itu. Pak cik itu melambaikan tangan nya tidak berhenti ke arah aku. Perasaan aku waktu itu mahu keluar kesana, tapi aku faham apa yang aku nampak itu. Jadi aku tidak terlalu mengikutkan gerak hati aku. Gambaran yang aku boleh berikan sebagai contoh kampung itu adalah:
Pak cik itu berhenti dari melambai dan tiba-tiba dia datang kearah aku. Tapi waktu itu aku dalam rumah di bahagian dapur, dia pula berjalan ke arah tingkap luar dapur. Jadi kami berdua bertentangan mata dan waktu itu aku tiba-tiba ada terbau wangi bunga melati. Wangi nya kuat sangat, aku agak suka dengan bau itu. Tiba-tiba pak cik itu bersuara:
"NAK.. TERIMA KASIH SEBAB SUDAH MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH PAK CIK, SEBELUM INI, KAWASAN RUMAH PAK CIK SANGAT KOTOR DAN BUSUK. BANYAK MANUSIA YANG BUANG KOTORAN DI PERKAMPUNGAN PAK CIK. PAK CIK SANGAT SEDIH MELIHAT KAMPUNG PAK CIK KOTOR SEBEGITU RUPA. TERIMA KASIH YA NAK"
Dengan perasaan rendah diri dan aku berkata semula:
"MAAFKAN SAYA KALAU SAYA ADA BUAT SALAH ATAS TANAH INI PAK CIK. NIAT SAYA ADALAH INGIN MENANAM SAYUR-SAYURAN UNTUK MENAMBAH BEKALAN MAKAN KAMI. KALAU PAK CIK TIDAK MENGIZINKAN, SAYA AKAN BERHENTI DARI MELAKUKAN ITU"
Pak cik itu menjawab:
"TIDAK MENGAPA NAK, PAK FAHAM DAN PAK CIK TAHU NIAT KAMU ITU. AMBIL LAH TEMPAT INI DAN JAGALAH TEMPAT INI SEBAGAIMANA KAMU JAGA NIAT BAIK KAMU. SEBAGAI BALASAN, MARILAH KE KAMPUNG PAK CIK DAN SANTAP LAH MAKANAN YANG KAMI SEMUA SUDAH SEDIAKAN"
Waktu itu aku melihat, semua orang yang ada di kampung itu, memberikan laluan kepada aku. Tapi waktu itu aku hanya menolak dengan cara yang baik dan aku terus mengangkat kedua belah tangan aku dan mohon sanjung seperti dalam istana. Aku berkata pada pak cik itu:
"TERIMA KASIH PAK CIK, BUKAN SAYA BERMAKSUD INGIN MENOLAK TAWARAN PAK CIK. SAYA HANYA MELAKUKAN PERBUATAN PEMBERSIHAN DENGAN HATI YANG IKHLAS TANPA SAYA MINTA BALASAN APA-APA. BIAR TUHAN SAHAJA YANG MEMBALASNYA"
Bila pak cik itu dengan pernolakan aku, dia menundukkan kepalanya dan berkata:
"BAIKLAH NAK, KALAU BEGITU PAK CIK MINTA DIRI DULU. KALAU TIADAK ADA HALANGAN, KITA AKAN BERJUMPA LAGI"
Pak cik itu terus berjalan masuk ke kampung dia dan semua orang di kampung itu melambaikan tangan salam perpisahan kepada aku. Tiba-tiba kampung itu hilang di pandangan mata aku dan kembali semula seperti kebun pisang yang aku bersihkan tadi. Aku hanya tersenyum dengan hati yang gembira kerana aku dapat membantu bersihkan kampung orang walaupun aku tahu dia semua bukan macam aku. Walaupun begitu, mereka tetap juga mahluk ALLAH. Baru aku tahu rupanya di belakang rumah aku itu ada kampung yang tersembunyi tak kasat mata (KAMPUNG BUNIAN). Tiba-tiba aku tersentak sebab kawan aku tepuk aku dari belakang. Terkejut aku, nasib baik dia tak kene back hand dengan aku.. hahaha
Kawan aku tanya:
"KAU BERCAKAP DENGAN SIAPA?? DARI TADI AKU NAMPAK KAU BERCAKAP SORANG2, PAKAI BAHASA MELAYU LAMA PULAK TU. KAU TENGAH BUAT LATIHAN BERPUISI KE APA??"
Aku pun jawab balik:
"TAK ADA APA PUN, AKU NYANYI JA TADI. DAH2 TAK PAYAH SIBUK. JANGAN CAMPUR URUSAN ORANG TUA, PERGI TIDUR SANA. BESOK SEKOLAH KAN"
Kawan aku ketawa dan dia terus masuk ke dalam toilet, aku pulak terus ke ruang tamu dan duduk kejap. Aku fikir balik kejadian tadi, itulah pertama kali aku nampak 1 tempat yang sangat cantik. Bila aku sudah tau yang belakang rumah aku itu ada kampung yang tak kasat mata, aku terus jaga batas aku dan aku nasihatkan kawan aku supaya jaga adab. Dia pun ada tanya juga kenapa dia kene jaga adab dekat kawasan rumah sendiri??. Aku hanya bagi alasan yang kita berdua baru lagi di tempat orang, so kawan aku faham apa yang aku sampaikan.
So inilah pengalaman aku, aku nak nasihatkan pada pembaca semua. Walau dimana pun kita berpijak, adab sopan harus kita jaga ok.. So next time aku akan share lagi pengalaman aku. Tq support dan Assalamualaikum.
TAMAT
Omgg, menarikkk. This is really a true story? :0 Saya rasa takut bila tengah baca dan terkejut bila nampak gambar orang-orang bergerak hahaha. Saya betul-betul tak sangka endingnya. Very nice. Tapi mengapa tak beritahu kawan dia apa yang dia nampak huhuhu.
BalasPadam