MISTERI KAWAT KAKI (HANTU JEPUN)
Pengalaman aku kali ini terjadi di 1 kawasan yang terletak di negeri W.P KUALA LUMPUR MALAYISA. Kawasan itu di panggil TAMAN MELATI. Kejadian itu berlaku di sebuah apartmen 4 tingkat yang aku diami disana. Waktu itu aku tinggal bersama 2 adik aku. Kawasan rumah itu tidaklah nampak seram sangat, cuma setiap malam kawasan situ memang akan rasa sunyi sedikit. Lagi-lagi apartment yang aku diami ini penuh dengan orang yang bekerja dalam bidang perguruan. So memang cepat sunyilah kalau malam-malam tanpa sebarang suara. Kisah ini adalah kisah benar yang terjadi pada diri aku sepanjang aku tinggal disana, so aku akan ceritakan bagaimana kisahnya terjadi.
Kisah ini terjadi sekitar jam 12 malam, waktu itu aku tidak tidur lagi.. Macam yang aku pernah bagitahu sebelum ini, aku memang susah sikit nak tidur malam. So setiap malam aku akan main Hp, dengar lagu atau baca buku untuk aku buat mata aku mengantuk. Pada malam itu aku duduk di ruang tamu, main Hp sambil menonton tv dan adik-adik aku semunya sudah tidur waktu itu. Mereka berdua memang senang tidur malam, aku saja yang agak liat nak tidur malam. Tiba-tiba aku rasa lapar, tapi terlalu lapar sangat, hanya rasa macam nak mengunyah sesuatu yang pedas macam tu. Aku pon bangun dan terus ke dapur nak tengok apa yang ada untuk aku goreng malam itu. Kebetulan pula time tu ada TEPUNG GANDUM, BAWANG MERAH, CILI PADI dan IKAN BILIS. Terus terlintas dalam kepala nak buat CUCUR IKAN BILIS.
Aku pun buat apa yang aku nak makan waktu itu, selepas siap goreng, aku duduk balik diruang tamu makan sambil tengok tv. Cuma malam itu aku rasa macam tidak selesa sikit dengan hawa malam waktu itu. Sebab rasa panas dia tu lain macam, padahal aku dah buka kipas kuat dan kebetulan pula time tu baru berhenti hujan. Tapi aku tak hiraukan sangat, biasalah kalau perut dah lapar, suara bom pon aku tak layan. Aku pun makan macam biasa sambil tengok tv. Selepas aku selesai makan, aku pun bangun terus menuju ke dapur nak cuci tangan dan barang yang aku gunakan buat makan tadi. Disebabkan mata aku masih belum ngantuk, aku buatlah nescafe untuk aku minum. Lepas makan kan, wajib ada nescafe. hahahaha
Waktu aku nak buat nescafe tu, tiba-tiba aku terdengar macam suara orang hentak kaki ramai-ramai tau. Aku dengar jelas suara tu dan aku cuba intai dari atas, waktu itu aku tak nampak pula ada orang hentak kaki atau hentak barang di bawah. Aku pun malas nak pikir, aku sambung buat nescafe. Suasana rumah aku waktu itu agak gelap sikit, hanya diterangi lampu luar rumah dan juga cahaya bulan. Sebab setiap malam, aku malas nak buka lampu, bagi aku time tu memang sudah cukup terang dengan cahaya bulan dan lampu luar rumah. Siap aku buat nescafe, suara hentak kaki tu pun bunyi lagi. Kali ini dia berbunyi dengan laungan seseorang seperti member 1 arahan. memang jelas dengar time tu.
Yang buat aku pelik tu, arahan dia macam bukan bahasa yang aku sering dengar atau sering pakai. Bahasa yang dia gunakan macam sama seperti BAHASA JEPUN. Aku pun intai lagi dari atas, kali ini betul-betul aku terkejut sampai nescafe aku jatuh dari tangan aku. Aku nampak sekumpulan ASKAR JEPUN LENGKAP DENGAN SERAGAMNYA LAGI BERKAWAT KAKI di bawah rumah aku. Di bawah apartment aku ada surau kecil dan juga ada sebatang pokok besar yang sudah kene tebang, tapi aku tak tahu lah siapa yang tebang. Hanya tinggal tunggul kayu sahaja. Kebetulan pula rumah aku berada di tingkat 4, bahagian dapur aku ada 1 balkony yang dipanggil yat. Balkony dapur aku itu mengadap surau kecil dan pokok besar itu. So aku nampak mereka berkawat kaki dari hujung ke hujung. Mereka pusing-pusing area situ sahaja dan tak pergi jauh sangat. Gambaran segai contoh:
Waktu itu aku hanya mengintai dengan kepala separuh ja, tak berani aku nak tunjuk kan semua muka aku time tu. Macam-macam arahan dan position yang komando mereka arahkan, aku perhatikan dengan perasaan yang agak sedikit takut. Aku pun pelik sebenarnya, mana datangnya semua konoha ni?? Siap ada di taman melati pulak tu. Aku pun perhatikan terus gerak geri mereka, salah seorang dari mereka macam perasan yang aku perhatikan mereka. Tiba-tiba mereka berhenti berkawat dan terus memandang kearah aku. Aku pun apa lagi, terus lari masuk dalam ruang tamu dan baring atas sofa. Tapi waktu itu aku tak terlintas nak panggil adik-adik aku, semuanya aku jalani sendiri. Aku cuba untuk lelapkan mata waktu itu, tapi suara itu hentak kaki mereka makin kuat terdengar sampai ke ruang tamu.
Kali ini bukan hanya suara hentak kaki sahaja, tapi ada suara orang ketuk pintu depan rumah aku sambil bersuara seperti:
" 誰かいないの?今すぐドアを開けてください (ADA ORANG TAK DIDALAM?? BUKA PINTU SEKARANG..!!)".
Ucapan dan ketukan pintu itu tidak berhenti, banyak kali dia buat macam tu. Aku pula nak tahu apakah itu, aku pun beranikan diri intai dari celah pintu bawah. Memang aku nampak sepasang kaki yang berseragam seperti askar jepun, tambah lah dengan kasut yang dia pakai itu. Aku nampak jelas parang panjang (PEDANG SAMURAI) memanjang kebawah. Lama juga aku mengintai, tiba-tiba suara ucapan dan ketukan itu berhenti. Dari celah pintu, aku nampak dia beredar dari situ. Tapi dia berhenti berjalan di anak tangga nak menuju ke tingkat 3, waktu itu dia terus pandang aku seolah-olah dia tahu yang aku mengintai dia. Wajah dia hitam seperti terbakar hangus, mulut tenganga, mata bolong dan fisik muka macam tengkorak. Contoh gambaran yang aku boleh bagi:

Waktu itu aku macam nak menjerit pon ada, tapi aku cuba usahakan untuk diam walaupun perasaan takut aku memang kuat sangat-sangat waktu itu. Dia menatap aku lama juga dan aku terus angkat kepala aku dan tak nak intai lagi. Waktu itu aku baru terinagt yang aku pernah dengar juga, ada orang-orang dekat area sini pernah nampak hantu jepun ini sedang berkawat kaki di bawah rumah. Waktu itu aku hanya dengar dan mengiyakan sahaja apa yang mereka ceritakan. Kebetulan pula aku dengar lagi khabar angin mengatakan tapak rumah aku ini adalah sarang atau markas jepun lama. Ramai korban yang di pancung dan dibunuh dia kawasan sini, sehinggalah hari kemerdekaan tiba dan markas mereka di ubah mengikut zaman. Zaman ke zaman berubah sehingga jadi lah apartment aku ini.
Ada orang cakap yang mereka pun ada nampak askar jepun ni berkawat kaki di bawah rumah dan ada juga pernah cakap yang mereka berbaris sambil memegang kepala mereka sendiri. Maksudnya mereka berdiri tegak tanpa kepala dan kepala mereka terletak di tangan mereka masing-masing. Aku baru teringat soal ini, rasa takut aku makin tinggi bila teringat cerita mereka semua. Gambaran yang aku boleh berikan soal cerita mereka sebagai contoh adalah seperti ini:
Aku malas nak fikir lagi, aku pon paksa diri aku untuk tidur waktu itu, aku buat lah apa-apa yang buatkan diri aku tertidur. Akhirnya aku tidur juga. Dipendekkan cerita, kesan akibat aku punya perasaan takut waktu itu sangat kuat, perasaan itu terbawa sampai ke dalam mimpi aku. Waktu itu aku mimpi buruk dan mimpi itu seperti bersambung antara dunia realiti ke dunia mimpi. Dalam mimpi itu, aku berada di sebuah padang yang sangat lapang. Padang itu bercahaya hanya di bahagian aku berdiri sahaja, bahagian tepi-tepi semuanya gelap gelita. Waktu itu aku berlari kesana kemari, tapi aku tetap akan kembali ketempat yang sama. Ibarat aku tak jumpa jalan keluar dan jalan keluar semuanya ditutup.
Dari kegelapan, aku melihat sekumpulan askar jepun datang di hadapan aku secara perlahan-lahan. Waktu itu aku menjerit memanggil nama kedua adik aku. Tapi tak seorang pun yang menyahut panggilan aku waktu itu. Air mata ketakutan aku mula keluar dari mata aku dan aku berlari lagi kesana kemari untuk mencari jalan keluar waktu itu. Tapi walau sejauh mana aku lari waktu itu, aku akan tetap akan kembali ke tempat yang sama. Askar jepun itu makin dekat dan makin dekat dengan aku. Hanya tuhan sahaja tahu perasaan takut aku macam mana waktu itu. Mereka semua sudah sampai dan berbaris di depan aku sambil berkata:
"君は我々の仕事を全て妨害した。既に一つの過ちを犯したため、君は敵とみなされ、死刑に処されるべきである。(KAMU SUDAH MENGGANGGU KERJA KAMI SEMUA. DISEBABKAN KAMU SUDAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN, KAMU AKAN DI ANGGAP MUSUH DAN PATUT DI HUKUM MATI)".
Gambaran yang aku boleh berikan sebagai contoh adalah seperti ini:

Waktu itu aku bersuara:
"INI RUMAH AKU, KAU SEMUA YANG MENGGANGGU AKU. KAU SEMUA SEPATUTNYA TIDAK BOLEH BERADA DISINI".
Lepas itu askar itu berkata lagi:
"ここは私たちの場所です。あなた方は皆、私たちの場所を破壊しました。私たちは決してここから出ません。私たちの場所に入ろうとする者は、全員死ななければなりません。(SEBENARNYA INI ADALAH TEMPAT KAMI, KAMU SEMUA YANG SUDAH MUSNAHKAN TEMPAT KAMI. KAMI TIDAK AKAN PERNAH PERGI TINGGALKAN TEMPAT INI. SIAPA YANG CUBA MASUK KETEMPAT KAMI, SEMUANYA HARUS MATI)".
Aku pun jawab balik:
"APA YANG BERLAKU WAKTU DULU DAN APA YANG BERLAKU PADA KORANG SEMUA, AKU TIDAK TAHU DAN MUNGKIN AKU BELUM LAHIR LAGI. JADI JANGAN GANGGU AKU".
Selepas aku cakap macam tu, salah seorang dari mereka berjalan menuju di hadapan aku dan terus mengacukan senapang dia ke wajah aku. Waktu itu aku sudah menggigil ketakutan.

Tiba-tiba mulut aku melaungkan kalimah:
"ALLAHUAKBAR"
dan aku lihat askar itu terus menurunkan senapang dia dan menjerit berjalan kebelakang. Mereka bergerak menjauh dari aku. Waktu itu aku terus tersedar dari mimpi dan aku tersepak adik aku. Adik aku terkejut dan bertanya pada aku:
"ABANG DI DAH KENAPA?? BANGUN2 TERUS TAMPAR SAYA??".
Aku pun terkejut sebenarnya dan aku terus cakap:
"SORRY2 DEK, ABANG MIMPI BURUK TADI".
Adik aku terus gelengkan kepala dia dan terus kedapur.

Aku pun bangun dan cuci muka, berus gigi dan mandi. Lepas siap semua aku terus ke dapur nak buat nescafe. Tiba-tiba aku nampak cawan yang aku pakai selalu untuk buat nescafe ada di atas lantai balkony. Aku tersentak sekejap dan aku terfikir, sebenarnya aku mimpi atau bukan?? Buat aku pelik lagi, macam mana aku boleh faham bahasa jepun?? Tiba-tiba adik aku bersuara:
"ABANG..!! KENAPA NI??".
Aku hanya menggelengkan kepala sahaja dan adik aku bersuara lagi:
"ABANG NAK NESCAFE KAH?? SINI SAYA BUATKAN".
Aku angguk kan kepala aku sahaja. Tiba-tiba adik aku nampak cawan aku atas lantai, tapi dia tak ada cakap apa-apa pun. Dia hanya membebel dan berkata:
"LAIN KALI KALAU DAH MINUM TU BOLEH TAK TERUS BASUH?? 1 LAGI, SEBELUM TIDUR TU BOLEH TAK BACA DOA DULU DAN CUCI KAKI DULU?? KAN TAK PASAL-PASAL 1 ROTI CANAI MELAYANG KE MUKA SAYA HARI NI, SAKIT TAU TAK KENE LEMPANG FREE".

Aku tersenyum dan berkata:
"YELAH-YELAH".
Waktu itu aku memang tak bercakap banyak, sebab banyak perkara bermain dalam otak aku sekarang ini. Seharian aku fikir apa sebenarnya yang terjadi pada diri aku.. hmmmm wallamualam
"YELAH-YELAH".
Waktu itu aku memang tak bercakap banyak, sebab banyak perkara bermain dalam otak aku sekarang ini. Seharian aku fikir apa sebenarnya yang terjadi pada diri aku.. hmmmm wallamualam
Sampai sini saja yang aku boleh share pengalaman aku, next aku akan ceritakan lagi ok pengalaman misteri aku.. Apa-apa pun terima kasih sudah support.. Assalamualaikum
TAMAT
Ulasan
Catat Ulasan