LEMBAGA HITAM MENGINTAI (HANTU AIR)

Pengalaman aku kali ini terjadi di 1 kawasan yang terletak di negeri PERAK. Kawasan itu di panggil HUTAN MELINTANG, PERAK MALAYSIA. Kejadian itu berlaku sekitar jam 12 malam. Cerita ini adalah kisah benar yang terjadi pada diri aku semasa aku berada di laut untuk tangkap ikan. pengalaman ini terjadi waktu aku pertama kali sampai kesana dan aku akan ceritakan pengalaman ini lebih lanjut.

        Pada sebelum hari kejadian, aku berada di rumah aku sendiri di KAJANG, SELANGOR MALAYSIA. Waktu itu, aku tak ada plan apa-apa nak buat. Kebetulan pula aku ada seorang kawan yang pernah tinggal di Hutan Melintang, Perak sana selama 4 tahun dan bekerja sebagai nelayan. Kebetulan lagi, kawan aku ini dia mempunyai seorang sepupu yang bekerja dan tinggal bersama kawan aku ini disana. Sepupu dia masih lagi berada disana sampai sekarang. Cuma kawan aku sahaja yang berhijrah ke Kajang sini. Waktu itu kawan aku ada memberitahu sesuatu yang sepupu dia akan turun kedaratan, kawan aku pula sudah lama tidak jumpa sepupu dia selama 2 tahun. 

        Sepupu dia ajak dia jumpa sebab nak bagi ikan, kawan aku pula dia tidak mempunyai transport nak kesana, so dia ajak aku. Atas dasar kasihan, aku pun setuju. So kita berdua pon packing barang untuk kesana besok. Sebab sepupu dia akan berada di daratan selama 3 hari, so kawan aku plan nak tidur sana selama 3 hari 2 malam. Selepas siap packing barang, kami pun tidur sementara tunggu pagi besok. Pada esok pagi dalam jam 8 pagi, kami pun bersiap dan otw ke Hutan Melintang sana. Sepanjang aku drive kereta, kawan aku ini pun bercerita tentang sepupu dia. Aku pun dengar saja sebab nak elak kan ngantuk. Perjalanan kami pun ambil waktu 2 jam lebih.

        Pendekkan cerita, kami pun sampai di area Hutan Melintang sana. Kawan aku dia suruh aku berhenti di salah sebuah kedai runcit sebab nak beli ice dan ice box. Sebab sepupu dia cakap yang dia nak bagi ikan. Aku pun berhenti dan tunggu dia beli barangan itu, waktu aku menunggu dia beli barang, aku tak sedap hati seperti akan ada sesuatu yang berlaku pada diri aku. Tapi aku tak terlalu memikirkan sangat sebab normal lah, first time masuk kampung orang kan. Memang wajib lah akan rasa negatif sikit. Kawan aku pun selesai beli barang dan lanjutkan perjalanan menuju ke tempat sepupunya. Dalam perjalanan menuju ke tempat sepupunya, aku pun ambil kesempatan melihat keindahan kampung itu. sangat cantik.

        Aku pun sampai di sebuah kawasan yang di beri nama BAGAN PARIT 4, HUTAN MELINTANG PERAK MALAYSIA. Kawasan situ memang penuh dengan kampung-kampung kecil yang terletak di pinggir laut. Semua rumah terbuat dari papan dan kayu, aku waktu itu tak banyak complain, sebab dulu pun rumah aku seperti ini waktu zaman kanak-kanak aku dulu. So itulah kali pertama aku berjumpa dengan sepupu dia dan kami pun berkenalan. Aku disambut meriah oleh sepupu dia dengan makanan dan minuman yang terkenal di area situ. Aku sangat gembira waktu itu dan bertambah lagi suasana laut yang buat aku rasa tenang. Hilang semua masalah dalam kepala waktu itu. 

        Sepupu dia berkata pada kami berdua untuk lanjutkan perbualan di rumah kecil yang berada di atas jeti. Kami berdua pun tak banyak bantah, sebab best juga bila santai-santai di pondok kecil sambil menikmati angin laut. Kami bertiga pun berbual panjang disitu sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan oleh sepupu dia. Gambaran yang aku boleh berikan adalah seperti gambar dibawah:



        Kami bertiga berbual sampai tak perasan yang hari semakin petang dan mahu menjelang mahgrib. Kami bertiga hentikan perbualan dan mengambil barang-barang bersiap untuk mandi. Selepas mandi, kami berdua di jamukan dengan makan malam di dalam bot tempat sepupu dia bekerja. Semua makan dan minuman sepupu dia yang masak, aku rasa sedap juga masakan dia.. hahahaha. Selepas siap makan kami bertiga pun sambung balik perbualan kami macam biasa. Tiba-tiba kawan aku berkata, yang dia nak invite sepupu dia bermain GAME MOBILE LAGEND. Aku pun mengiyakan saja sebab aku faham, mereka berdua sudah lama tak berjumpa kan. So aku biarkan saja mereka berdua main game itu tanpa aku mengganggu.

        Sementara aku melihat mereka berdua main game, aku pon ambil kesempatan melihat suasana malam yang berada disitu, sejuk dan sangat sunyi.. Hanya kedengaran suara ombak air laut sahaja. Tapi yang buat aku tambah gembira apabila aku tengok kawan aku dan sepupu dia sangat gembira bertemu dan berkumpul bersama. Tiba-tiba kawan sepupu dia datang menyapa kawan aku dan mereka berbual bersama sebab atas dasar kawan aku pernah bekerja bersama mereka dulu. Aku tak masuk campur waktu itu, aku biarkan saja mereka berbual sambil aku melihat mereka dari kejauhan. Gembira sangat aku melihat mereka waktu itu, aku terfikir adakah mereka akan bersatu lagi selepas ini?? Gambaran yang aku dapat berikan adalah:




        Mereka berbual sampai larut malam dan mereka berhenti berbuat dalam jam 12 malam. Sepupu dia berkata pada aku: 

"ABANG, NANTI ABANG SAMA DENGAN ABANG SEPUPU SAYA TIDUR DI RUMAH KECIL ATAS JETI ITU OK"
.

Aku pun jawab balik: 

"ADA LAMPU KE RUMAH TU??"
.

Kawan aku pula bersuara: 

"ADA, SAYA PUN TIDUR SINI JUGA DULU, CUMA SAYA TAK TAHU AWAK OK ATAU TIDAK??"
.

Aku hanya mengangguk kan kepala sahaja mengatakan setuju. Sebab aku tak boleh bantah, orang dah sediakan tempat tidur pun aku dah bersyukur. Aku dan kawan aku diberi bantal, selimut dan ubat nyamuk buat tidur dalam rumah kecil itu. Selepas aku selesai bereskan tempat tidur, aku pun suruh kawan dan sepupunya pergi tidur dulu, sebab aku nak melepak di depan rumah sambil ambil angin. Aku pun duduk di depan rumah kecil itu. Ini gambarannya:



       
        Pada waktu itu, suasana semakin sunyi sebab semuanya sudah tidur, hanya aku sendiri sahaja yang belum tidur. Aku duduk sambil main Hp depan rumah tu sambil ditemani bunyi suara ombak laut. Tiba-tiba, aku terdengar seperti ada suara yang berlainan sedikit dengan suara ombak laut. Suara itu seperti suara sesuatu yang jatuh dengan kuat kedalam air dan juga ada suara seperti sesuatu timbul di air. Aku cuba beranikan diri untuk mengintai dari atas jeti, selepas itu aku melihat sesuatu yang seperti sesuatu timbul. Fisiknya seperti kepala manusia yang timbul dari air setengah sahaja. Kepala itu macam perasan yang aku mengintai dia dan dia mendang tepat kearah aku. Waktu itu aku belum ada perasaan takut lagi, hanya perasaan pelik sahaja. Sebab penampakan itu samar-samar sikit, bertambah lagi suasa masa itu tidak terlalu terang. Hanya di terangi cahaya bulan sahaja. Gambaran yang aku dapat berikan sebagai contoh adalah seperti gambar dibawah ini:




        Waktu itu aku tak mahu kejutkan mereka berdua, sebab aku tak mahu ganggu mereka lagi tidur. Aku pula tidak pasti apakah itu, aku hanya fikir positif sahaja. Mungkin itu hanyalah memerang yang keluar cari makan saja. Aku pun kembali ke tempat duduk aku semula, aku kembali main Hp aku. Waktu aku nak baring di buayan depan rumah, aku terlihat lagi ada sesuatu yang melayang antara hujung atas kapal sepupu kawan aku. Aku perhatikan ia seperti 1 kain hitam yang melayang ditiup angin. Tapi bila aku fikir balik, tak mungkin kain kalau ditiup angin hanya berkibar setempat dan bentuknya pula seperti fisik manusia. Perasaan aku dah mula timbulkan 1 rasa seriau sikit-sikit. Aku cuba tenangkan hati aku dengan membuka muzik yang bernada perlahan, sebab aku tak mahu mereka berdua terjaga dari tidur. Sosok yang melayang itu masih berada ditempat yang sama dan melayang-layang disitu sahaja. Ada juga aku fikir positif, mungkin kain layar kapal di ikat dengan tali lepas digulung agaknya. Cuma aku tak boleh nak fikir sepositif itu, sebab aku tak nampak ada sebarang tali pon disitu. Aku pun terpaksa ambil earfone untuk aku pakai dan buka musik kuat-kuat. Contoh gambaran nya seperti ini:




        Aku cuba untuk sedapkan hati aku dan tubuh aku ada sedikit bergetar sampai aku tak sedar yang earfone aku sebelah kanan tercabut dari telinga aku. Lepas tu aku cuba lihat lagi sosok melayang itu ada lagi atau tidak?? Alhamdulilah, sosok itu sudah tak ada dan aku pun menarik nafas lega. Lepas tu aku mahu pakai balik earfone aku itu, tiba-tiba aku terdengar suara seperti shushhhsss: 

"PSSSSSSIIIIITTTTTT"
.

Suara itu aku tak dapat nak jelaskan macam mana, harap korang yang baca ni faham lah macam mana. Suara itu berulang-ulang lebih dari 3 kali dan sangat jelas suaranya. Aku pun start mencari dari mana suara itu muncul, selepas cari-cari dari mana suara itu. Aku terjatuh dari buaiyan dan aku menjerit kecil akibat terkejut. Aku nampak ada sosok lembaga yang basah dan mengesot kearah aku.. Lembaga itu menutup wajahnya sebelah dan bermata merah. Aku pun mengucap panjang dan tidak berhenti beristifar. Aku terus pejamkan mata dan mula membaca surah-surah ayat al-quran.

        Waktu itu hanya tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku waktu itu, aku masih dalam posisi yang sama dengan mata tertutup. Dalam hati memang tidak berhenti membaca surah-suarah. Aku cuba beranikan diri untuk membuka mata dan sosok itu sudah tiada. Aku masih lagi dalam situasi yang agak ketakutan juga lah. Perasaan takut itu bercampur dengan perasaan pelik, sebab padahal aku terjatuh kuat dan aku menjerit pun agak kuat juga. Tapi mereka berdua yang sedang tidur itu tidak terjaga pun, macam tidak terganggu apa-apa. Memang lena mereka tidur waktu itu. Contoh gambaran sosok itu seperti ini:




        Selepa itu, aku terus masuk kedalam rumah dan baring disebelah mereka berdua. Aku cuba untuk lelapkan mata walaupun aku dalam kondisi ketakutan. Makin lama, mata aku semakin berat dan aku pun tertidur. Besok pagi selepas mandi dan sarapan pagi, aku bertanya pada mereka berdua: 

"KORANG BERDUA SEMALAM ADA DENGAR APA2 SUARA TAK??"
.

Mereka berdua pon  menggelengkan kepala dan mereka cakap yang mereka berdua tidur lena semalam. Bila mereka cakap macam tu, aku pun tak boleh cakap apa, aku hanya diam sahaja. Tapi dalam sedar tak sedar, kawan aku ini bercerita tentang pengalaman dia bekerja di sini, dia mengatakan banyak yang terkorban waktu mencari ikan di laut akibat cuaca buruk. 

        Selepas aku dengan cerita dia, aku pun macam owhhhhh saja dalam hati, aku hanya fikir kejadian yang berlaku pada aku malam semalam mungkin ada kaitan dengan cerita dia. Wallahmualam.. So sampai sini sahaja pengalaman aku sepanjang di hutan melintang, nanti aku akan share lagi pengalaman aku ok.. Tq support..

TAMAT 

         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MIMPI ACHIK (LELAKI BERJUBAH HITAM DAN LELAKI TANPA KEPALA)

MISTERI KAWAT KAKI (HANTU JEPUN)