Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2026

SEHARUM BUNGA MELATI (WANITA BERJUBAH PUTIH)

Imej
  Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku dan berlaku di rumah aku sendiri. Rumah aku terletak di KAJANG SELANGOR . Ianya adalah sesuatu perkara yang aku tanam dirumah aku yang terletak di balkony rumah aku. Ianya adalah sebuah pohon yang aku gelar POKOK BUNGA MELATI . Sekilas kalau di pandang, tak ada perkara pelik pon dengan pokok bunga itu. Tapi disebalik baunya yang wangi dan disebalik warna putih kecilnya, tersimpan 1 kejadian yang sangat mengerikan bagi diri aku. Tapi perkara ini tidak sering terjadi, hanya sesekali sahaja ia akan terjadi. Lebih-lebih lagi ia akan terjadi pada KHAMIS MALAM JUMAAT . Pada hari lain pula, ia tidak terjadi, hanya hari khamis malam jumaat sahaja yang akan terjadi. Tampa buang masa, aku akan ceritakan kejadiannya.         Aku ini memang jenis suka tidur di ruang tamu rumah aku. Sebab aku ada 1 tabiat yang aku sering lakukan sebelum aku nak tidur. Perkara yang sering aku lakukan setiap hari sebelum tid...

KEBETULAN, RIALITI ATAU KEBENARAN (INDIGO @ MATA KE 3)

Imej
Cerita yang aku akan ceritakan kali ini adalah cerita yang berlaku pada diri aku sendiri dan boleh dikatakan setiap hari, setiap masa dan setiap saat. Cerita ini adalah kisah benar dari diri aku sendiri dan terpulang pada pembaca mahu percaya atau tidak, tiada paksaan. Aku adalah seorang anak yang di lahirkan dengan kelebihan yang boleh di gelar INDIGO @ MATA KE 3 (HIJAB TERBUKA) . Aku dari kecil memang boleh melihat sesuatu yang orang biasa tak boleh lihat seperti HANTU, ROH, SYAITAN DAN JIN . Kelebihan ini terkadang membuatkan aku tidak selesa disebabkan, terkadang dia akan mengganggu penglihatan aku, aktivitas aku sehari-hari dan juga membuatkan aku keliru yang mana rialiti dan yang mana mistik. Kali ini aku akan mulakan cerita yang berlaku di rumah aku sendiri yang terletak di KAJANG, SELANGOR . Baiklah, tanpa membuang masa, aku akan ceritakan kejadian yang menimpa aku selama aku seorang anak indigo.          Aku kalau dirumah, memang jenis tak reti nak...

ARAHAN YANG WAJIB DI JALANKAN (TOYOL)

Imej
  Cerita ini terjadi di kampung aku yang terletak di GELANG PATAH JOHOR BAHRU . Ianya berlaku sekital 5 TAHUN YANG LALU . Waktu itu aku sedang berlibur di kampung untuk habiskan cuti panjang. Terjadinya sesuatu yang agak menyeramkan dan juga boleh di katakan pelik juga kejadiannya. Sebab ia melibatkan semua orang-orang kampung juga yang sering kali kehilangan duit. Walau macam mana pun mereka dan aku simpan duitnya, memang akan sentiasa hilang entah kemana. Ada yang sampai bergaduh adik beradik, keluarga dan juga terkadang ada yang sampai bergaduh sesama kawan sendiri. Cerita ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendi waktu sedang bercuti di kampung sana. Baiklah, tampa buang masa aku akan ceritakan bagaimana kejadian ini berlaku.         Waktu itu, aku sedang berjaga malam dan tempat yang selalu aku melepak di kampung aku adalah di ruangan depan rumah. Depan rumah aku ada 1 kerusi dan meja yang memang akan disediakan untuk makan bers...

KEJADIAN DI BULAN RAMADHAN (MIMPI BURUK)

Imej
Aku nak ceritakan sesuatu yang agak munasabah sikit, sebab ianya berlaku pada BULAN PUASA TAHUN INI . Cerita ini adalah kisah benar yang berlaku pada diri aku dan terjadi pada BULAN PUASA HARI YANG KE 6 . Ianya berlaku di rumah aku sendiri yang terletak di KAJANG SELANGOR dan juga ianya berlaku di parking rumah aku yang terletak di level LG1 . Selepas saya ceritakan cerita ini, terserah pada pembaca semua mahu percaya atau tidak. Tanpa buang masa, aku akan mulakan ceritanya.         Kejadian ini bermula pada sekitar jam 11 malam di ruang tamu rumah aku. Waktu itu kawan aku tumpang tidur di rumah aku dan juga dia agak panas baran juga orangnya. Waktu malam itu terjadi sesuatu pergaduhan yang datang dari kawan aku sebab ianya tidak terima waktu dirinya ditegur akibat kesalahan yang dia perbuat. Pergaduhan ini berlaku ambil masa hampir 1 jam nak habis, kebetulan pula adik aku 2 orang belum tidur lagi dan ia menyuruh aku berhenti dan menyuruh aku masuk kedalam bilik...