KEBETULAN, RIALITI ATAU KEBENARAN (INDIGO @ MATA KE 3)
Cerita yang aku akan ceritakan kali ini adalah cerita yang berlaku pada diri aku sendiri dan boleh dikatakan setiap hari, setiap masa dan setiap saat. Cerita ini adalah kisah benar dari diri aku sendiri dan terpulang pada pembaca mahu percaya atau tidak, tiada paksaan. Aku adalah seorang anak yang di lahirkan dengan kelebihan yang boleh di gelar INDIGO @ MATA KE 3 (HIJAB TERBUKA). Aku dari kecil memang boleh melihat sesuatu yang orang biasa tak boleh lihat seperti HANTU, ROH, SYAITAN DAN JIN. Kelebihan ini terkadang membuatkan aku tidak selesa disebabkan, terkadang dia akan mengganggu penglihatan aku, aktivitas aku sehari-hari dan juga membuatkan aku keliru yang mana rialiti dan yang mana mistik. Kali ini aku akan mulakan cerita yang berlaku di rumah aku sendiri yang terletak di KAJANG, SELANGOR. Baiklah, tanpa membuang masa, aku akan ceritakan kejadian yang menimpa aku selama aku seorang anak indigo.
Aku kalau dirumah, memang jenis tak reti nak duduk diam. Akan ada sahaja pekerjaan yang aku lakukan kalau tidak berkenan di mata aku. Aku pula seorang yang jenis memang suka duduk rumah dan boleh dikatakan seorang yang jenis tak pandai sosial. Cara untuk soasialkan diri aku, aku akan habiskan masa di depan laptop dan juga hp sahaja. Inilah kegiatan kalau aku nak sosialkan diri aku. Sepanjang aku dirumah ini, ada beberapa kejadian yang berlaku dan membuatkan aku menganggap perkara itu sudah biasa bagi diri aku. Tapi kalau aku boleh jujur, memang tak selesa mata aku sentiasa nampak perkara-perkara yang aku sendiri tak mahu tengok. Tapi nak buat macam mana, dah takdir aku macam ni. Nak tak nak, terpaksa terimalah diri aku macam ni.
Waktu tidur malam, aku akan sering bermimpi didatangi sesuatu sosok yang bagi aku tidak terlalu membuatkan aku takut. Cuma sosok itu aku tidak terlalu mengenali dan aku sendiri tak pernah jumpa dia di dunia nyata. Dia seperti orang yang sudah tua dan mempunyai fizikal yang normal seperti manusia biasa. Cuma yang membuatkan aku pelik dan terfikir sampai sekarang adalah, siapakah gerangan orang tua itu? Kenapa setiap kali dia datang, aku seolah-olah berada di kuburan? Apa yang dia mahu dan apa yang dia cuba nak sampaikan pada aku setiap malam. Setiap kali dia datang, dia hanya tersenyum sambil menatap tajam ke arah aku. Dalam mimpi itu, aku hanya membalas senyuman dia tanpa berkata apa-apa padanya. Tapi memang dalam mimpi itu, aku memang ingin bertanya pada dia. Cuma macam ada sesuatu yang cuba menghalang aku ingin bersuara. Gambaran yang boleh aku jadikan contoh adalah seperti ini:
Setiap kali aku bangun tidur, aku akan bangun dalam kondisi yang terkejut sampaikan jantung aku berdegub laju. Dia juga sering membuatkan aku berfikir tak henti-henti dan juga membuatkan aku takut untuk tidur waktu malam. Sebab itu terkadang aku akan memilih tidak tidur sampai pagi dan selepas subuh baru aku tidur. Tapi tak guna juga, walaupun aku tidur waktu siang, dia tetap akan datang juga. So, aku tak ada pilihan untuk merehatkan badan aku sendiri. Sampai sekarang aku tak tahu dia siapa? Tapi lama kelamaan, aku macam jadi sudah terbiasa dan macam boleh hafal yang dia akan muncul dalam mimpi aku setiap kali aku tidur. So lama-kelamaan, aku biarkan sahaja dan anggap itu hanyalah permainan tidur aku. Tapi aku berharap yang 1 hari nanti aku akan tahu juga dia siapa.
Kalau waktu petang pula, adik-adik aku selalu balik kerja dalam sekitar jam 6 PETANG. Kadang mereka akan sampai rumah dalam jam 6:15 ke 6:30 PETANG. Kerja ku adalah, akan masakkan mereka makananan untuk makan malam bersama. Selalunya akau akan siapakan makanan dan mula masak sebelum mereka sampai diriumah. Kejadian aneh nya pula adalah, setiap kali aku pergi kedapur, aku akan melihat SOSOK SEORANG PEREMPUAN, BERWAJAH SERAM DAN MEMBAWA BAYI akan berdiri atau lalu di hadapan dapur aku. Aku tinggal di kondo dan dapur aku pula mengadap rumah orang dan menghadap koridor untuk penjalan kaki menuju ke pintu depan rumah aku. So, setiap kali orang nak datang rumah, mereka akan jumpa dulu dapur aku dan aku juga boleh nampak ada orang datang.
Perempuan itu akan ada disitu setiap kali aku nak masak untuk makan malam, cdia akan berdiri dan menatap tajam ke arah aku sambil menggendong bayinya. Dia juga salah 1 sosok yang aku sendiri tidak kenal sampai sekarang. Gambar yang aku boleh jadikan contoh adalah seperti ini:
Tapi aku ada degar juga jiran-jiran aku bercerita yang mereka mengatakan kondo tempat aku tinggal ini agak keras tempatnya. Tapi aku tak mengendahkan sangat cerita mereka, sebab aku faham yang aku mempunyai kelebihan. Jadi kalau mereka tidak bercerita pun, aku tetap juga akan dapat melihat mahkluk-mahkluk ini.
Pernah juga beberapa kali aku beranikan diri bersuara dan bertanya pada perempuan itu. Tapi setiap kali aku bertanya, dia tidak pernah menjawab walaupun 1 patah perkataan tak pernah jawab. Dia hanya diam kaku, melihat ke arah aku dengan wajah yang agak menyeramkan dan sambil dukung banyinya. Terkadang dia akan menunjukkan posisi yang dia sedang menyusukan bayinya. Aku tak berapa rasa seram sangat disebabkan sudah hari-hari aku melihat dia berada di tempat yang sama. Yang membuatkan aku tak berapa takut, sebab dia tidak pernah menyerang aku walaupun dia tahu yang aku boleh melihat kewujudan dia. Cuma yang buat aku terganggu adalah, penglihatan aku dilihatkan beberapa perkara yang menyeramkan dari dirinya.
Itu sahaja yang membuatkan aku tidak selesa selama ini dan juga membuatkan aku terpaksa memakai earfone sambil memasak. Itu sahaja yang aku dapat buat untuk alihkan perhatian aku supaya aku tidak terlalu fokus ke arahnya. Dia juga membuatkan aku tertanya-tanya, siapakah perempuan itu sebenarnya dan apakh tujuan dia setiap hari datang dihadapan aku?? Hari ini pon sama juga, sebab tadi pun aku nak masak, dia ada juga di tempat yang sama dan tak pernah berganjak sedikit pun. Tapi aku hanya hiraukan sahaja dan aku masak sambil dengar musik sahaja. Aku juga harap yang 1 hari nanti dia tidak akan muncul lagi dan biarkan aku hidup dengan aman.
Kejadian yang kali ini, memang benar-benar membuatkan aku ingin melawan dan buatkan aku sentiasa ada sifat marah. Baran aku kadang-kadang tak dapat nak di kawal di sebabkan dia yang sering muncul dan ingin menyentuh aku secara fizikal. Fizikal dia pulak adalah, BADANNYA SEPERTI SEORANG PEREMPUAN, BERJUBAH HITAM, MEMBAWA ANAK PATUNG YANG DAH RUSAK DAN WAJAHNYA TERTUTUP DENGAN DENGAN KAIN HITAM. Dirumah aku, dia akan sering muncul didalam bilik aku no 3. Rumah aku ada 3 bilik dan bilik paling kecil aku buatkan bilik kerja aku. Barang-barang kerja aku semuanya ada di dalam bilik itu. Bilik itu juga yang jadi tempat dia akan muncul. Gambar yang aku boleh jadikan contoh adalah seperti ini:
Sosok ini sangat mengganggu aku dan membuatkan aku marah secara tiba-tiba. Sampaikan adik-adik aku bertanya:
"ABANG KENAPA MARAH-MARAH NI"
Aku cuma jawab:
"FAHAM-FAHAM LAH SENDIRI"
Selepas aku cakap macam tu, adik-adik aku terus faham dan tak tanya lagi dah. Cara dia mengganggu pula adalah, dia suka mengalihkan barang-barang aku, tarik selimut time aku nak tidur dan juga pegang kaki aku time aku sedang tidur dan membuatkan aku terjada dari tidur. Waktu aku depan laptop pula, dia akan membuatkan beberapa bunyi seperti bunyi cakaran, bunyi ketukan dan bunyi suara budak kecil menangis.
Memang benar-benar mengganggu aku. Gangguan dia membuatkan aku malas nak masuk kedalam bilik itu dan juga malas nak buat apa-apa dirumah. Disebabkan mood aku hilang dan perasaan marah aku sentiasa ada. Dalam 1 masa, kalau aku nak gunakan laptop, aku akan bawak laptop aku depan tv dan akan selesaikan kerja aku di depan tv. Itu cara aku untuk mengelak daripada di ganggu. Sampai sekarang dia masih ada dalam bilik tu dan tak pernah hilang sampai sekarang.
Inilah beberapa kejadian yang aku dapat ceritakan. Sebenarnya masih banyak yang aku nak cerita. Tapi tak mengapa, kalau ada kesempatan dan keluangan masa, aku akan ceritakan lagi soal diri aku pula ok. Maaf kalau membuatkan semua pembaca ragu-ragu dengan kebenaran cerita aku. Tapi aku faham, setiap manusia berbeza-beza pandangan. Tapi ini adalah cerita kisah benar soal kejadian diri aku. Terima kasih sudah membaca.
TAMAT
Ulasan
Catat Ulasan