KEJADIAN DI BULAN RAMADHAN (MIMPI BURUK)

Aku nak ceritakan sesuatu yang agak munasabah sikit, sebab ianya berlaku pada BULAN PUASA TAHUN INI. Cerita ini adalah kisah benar yang berlaku pada diri aku dan terjadi pada BULAN PUASA HARI YANG KE 6. Ianya berlaku di rumah aku sendiri yang terletak di KAJANG SELANGOR dan juga ianya berlaku di parking rumah aku yang terletak di level LG1. Selepas saya ceritakan cerita ini, terserah pada pembaca semua mahu percaya atau tidak. Tanpa buang masa, aku akan mulakan ceritanya.

        Kejadian ini bermula pada sekitar jam 11 malam di ruang tamu rumah aku. Waktu itu kawan aku tumpang tidur di rumah aku dan juga dia agak panas baran juga orangnya. Waktu malam itu terjadi sesuatu pergaduhan yang datang dari kawan aku sebab ianya tidak terima waktu dirinya ditegur akibat kesalahan yang dia perbuat. Pergaduhan ini berlaku ambil masa hampir 1 jam nak habis, kebetulan pula adik aku 2 orang belum tidur lagi dan ia menyuruh aku berhenti dan menyuruh aku masuk kedalam bilik untuk tenangkan diri. Tapi waktu itu aku masih dalam keadaan belum tenang dan hanya diam memendam perasaan sahaja. Tiba-tiba hujan lebat mula turun dan suasana menjadi sejuk bercampur seram disebabkan bunyi kilat yang sambung menyambung tidak berhenti.

        Tapi aku hiraukan sahaja suasana itu sebab aku masih dalam keadaan marah. Aku pun bersuara pada adik aku:

"ABANG NAK TURUN BAWAH SEKEJAP YA, NAK LEPAK DI TEMPAT PARKING SANA"

Adik aku jawab balik:

"TAK PAYAH LAH, HUJAN TENGAH LEBAT NI, NANTI SAKIT PULA KENE HUJAN"

Aku pun jawab balik:

"TAK APA, SEKEJAP SAHAJA. LAGIPUN ABANG LEPAK DI DALAM KERETA TEMPAT PARKING RUMAH KITA DI LG1"

Adik aku pun agguk kan kepala dan biarkan aku keluar rumah pada waktu itu. Aku terus berjalan menuju ke lif rumah aku untuk turun ke LG1. Rumah aku terletak di tingkat 25. Waktu dalam perjalanan nak ke lif tu, koridor rumah aku penuh dengan percikan air hujan dan agak licin juga. Suasana memang sejuk waktu itu.

        Tapi aku hiraukan sahaja dan terus berjalan menuju ke lif. Aku pun tiba di LG1 dan terus berjalan menuju ke parking kereta aku. Tapi waktu itu aku tak masuk lagi ke dalam kereta. Aku berdiri di belakang kereta dan hisap beberapa batang rokok untuk tenangkan fikiran. Hujan lebat belum berhenti waktu itu dan kilat pon masih kuat berbunyi. Sebenarnya, perasaan aku waktu itu agak kurang sedap dan agak seram juga. Tapi disebabkan waktu itu bulan puasa, aku pun hiraukan sahaja perasaan seram aku itu. Sebab dalam islam kan berkata yang dalam bulan puasa ini SYAITAN DAN MAKHLUK HALUS SEMUANYA KAN DI KURUNG ATAU DIIKAT. Dalam waktu aku sedang merokok, tiba-tiba mata aku mengantuk berat dan ingin merebahkan badan. Mungkin disebabkan hujan lebat dan suasana sejuk yang buatkan mata aku jadi berat. 

        Aku pun keluarkan hp aku untuk melihat jam berapa, jam pun menunjukkan waktu itu sudah pukul 12:30 MALAM. Aku pun habiskan hisap rokok dan terus masuk kedalam kereta. Aku setup tempat untuk aku rebahkan badan sambil tingkap kereta aku turunkan sedikit supaya tak lemas dalam kereta. Niat aku cuma nak baring sahaja dalam kereta sementara nak sejukkan hati. Gambar yang boleh aku jadikan contoh seperti ini:


        Aku bermimpi waktu itu dan aku seperti berlegar-legar di kawasan rumah aku juga. Dalam mimpi itu, aku sedang berjalan di kawasan kereta lalu lalang menuju ke guard house. Waktu itu tengah malam dan tiada sebarang kereta lalu di jalan itu. Suasana waktu itu sangat sunyi tanpa sebarang bunyi-bunyian dan juga tiada seorang pun berjalan waktu itu. Hanya aku seorang sahaja yang ada di situ. Aku agak bingung sebenarnya, sebab tiba-tiba aku boleh ada dijalan ini. Tak ada awal, tak ada alasan, aku boleh berada di tempat yang aku sendiri tak pernah berjalan kaki di situ. Sebab, area rumah aku itu, aku hanya berjalan kaki di level 1 rumah aku yang di gelar sebagai LOBBY C LEVEL 1. Disitu sahaja aku sering berjalan kaki, sebab ianya terhubung dengan guard house dan kondo sebelah yang ada banyak kedai-kedai di situ. 

        Di pendekkan cerita, dari tempat aku berdiri itu, aku mahu berjalan menuju ke tempat kereta aku semula untuk manaiki lif di LG1. Waktu aku berjalan, aku seperti melihat ada sesuatu kain putih yang sedang melekat di tiang lampu. Tapi bila aku perhatikan, tiada sebarang pergerakkan pada kain itu. Sebab waktu itu angin sejuk agak kuat juga bertiup. Kalau ada angin dan itu hanyalah kain biasa, mungkin kita akan nampak ada pergerakkan pada kain itu seperti kain berkibar di tiup angin. Tapi kain itu kaku dan hanya tegak di tiang lampu itu, aku cuba perhatikan lagi. Bila pandangan aku semakin jelas, aku melihat kain itu adalah sosok lembaga seperti POCONG YANG SANGAT TINGGI. Gambar yang boleh aku jadikan contoh seperti ini:


        Agak tergamam juga aku waktu itu, sampai aku tak boleh nak bergerak langsung. Tiba-tiba lembaga itu macam perasan yang aku sedang melihat kerah dia. Dia menoleh kearah aku dengan wajah yang agak menyeramkan dan warna mata yang sangat merah. Waktu itu memang aku tak dapat nak larikan diri, sebab kaki aku benar-benar kaku waktu itu. Tapi yang aku pelik, semakin dekat lembaga itu, semakin tinggi tubuhnya. Sampaikan kepala aku boleh mendongak ke lagit semata-mata nak tengok wajah dia. Lembaga itu semakin dekat dengan aku dan waktu itu di hanya lalu sahaja depat aku tampa menoleh kearah lain. Wajahnya menatap terus ke arah aku dan juga cara ianya berjalan adalah dengan cara melayang tanpa kaki jejak tanah. Selepas ia melimpasi aku dan semakin jauh, barulah aku rasa yang kaki aku boleh bergerak waktu itu.

        Aku pun terus buka langkah dan berlari turun ke arah aku parking kereta. Waktu aku sampai ke tempat parking kereta, aku terus terduduk sambil menarik nafas panjang. Sebab kawasan parkin kereta rumah aku itu kosong dan tiada sebuah pun kereta yang parking disitu. Aku pun bangun dan cuba berlari untuk cari kereta aku dan buatkan aku lagi pelik, aku seperti berlari dan berpusing-pusing di tempat yang sama. Gambar yang dapat aku berikan sebagai contoh seperti ini:


Aku tergamam dan aku juga tidak berputus asa untuk sambung lagi berlari untuk mencari kereta aku. Tapi aku tetap juga tidak jumpa kereta aku. Aku cuba lagi berlari kearah pintu yang ada lif didalamnya, sebab aku nak naik balik kerumah aku. Tapi semakin aku dekat dengan pintu itu, pintu itu seakan- akan makin jauh. Aku pun putus asa dan hanya berdiri di sebalik tembok tempat parking kereta. Tiba-tiba aku nampak lembaga yang sama, berdiri tidak jauh dari tempat aku berdiri. 

        Aku terkejut dan ingin membaca beberapa ayat AL-QURAN, tapi aku tidak dapat membacanya seperti mulut aku di kunci rapat. Aku tak boleh menjerit, tak boleh membaca dan tak boleh nak keluarkan suara untuk meminta tolong. Aku hanya baca dalam hati sahaja. Tiba-tiba lembaga itu melayang laju kearah aku dan aku terus berlari ketempat lain. Waktu aku berlari, aku tiba-tiba melihat kereta aku berada di tempat yang aku parking setiap hari dan itu memang tempat parking khas aku. Aku terus berlari kerah kerta aku dan waktu aku sampai ke kereta aku, lembaga itu seperti memanggil nama aku. Bila aku dengar dia panggil nama aku, aku terus toleh kebelakang dan aku sangat terkejut sampai aku tiba-tiba boleh menjerit waktu itu. Wajahnya sangat menyeramkan seperti WAJAH HANCUR HITAM DAN WARNA MATANYA SANGAT MERAH. Contoh gambar yang aku dapat jadikan contoh seperti ini:


        Aku terkejut sambil menjerit dan tiba-tiba aku tersedar dari tidur sambil beristifar panjang. Aku bangun dan lihat kiri kanan, waktu itu memang tiada orang dan hujan, ribut petir masih belum berhenti lagi. Dengan perasan sedikit seram, aku bangun cari di celah-celah kerusi kereta aku air botol mineral. Sebab aku memang sentiasa sediakan beberapa botol mineral dalam kerata aku. Aku pun ambil botol itu dan keluar dari kereta untuk cuci muka aku. Selepas itu, jam menunjukkan pukul 3:30 PAGI waktu itu. Aku pun bakar lagi rokok untuk tenangkan perasaan takut aku sambil bersandae di kereta aku. Selesai sahaja merokok, aku terus tutup kereta aku, kunci dan aku terus beredar dari tempat parking itu.

        Waktu aku mahu berjalan menuju ke pintu lif, aku macam rasa ada sesuatu yang sedang perhatikan aku. Tapi aku hany hiraukan sahaja, sebab aku fikir yang sekarang lagi bulan puasa. Lagipun aku nak naik cepat sebab nak rehat beberapa minit sebelum aku siapkan juadah bersahur. Tapi perasaan di perhatikan itu sangat kuat dan aku pun berhentikan langkah aku dan cuba untuk melihat di sekeliling. Tiada apa-apa yang mencurigakan waktu itu. Aku pun berjalan menuju ke pintu lif dan sebelum sampai ke pintu lif, aku berhenti lagi betul-betul di tempat orang parking motor. Sebab di kawasan pintu lif itu memang ada tempat parking motor dan ada 1 lorong kecil untuk motor keluar masuk. Hati aku tiba-tiba tergerak untu melihat kerah lorong motor keluar masuk itu. Aku benar-benar terkejut waktu itu sebab firasat aku benar ada yang memerhatikan aku.

        Lembaga itu betul-betul ada di atas tembok tempat motor keluar masuk. Wajahnya sangat menyeramkan dan aku tak sanggup nak pandang lama-lama. Aku pun lajukan langkah aku dan terus masuk ke dalam ruangan pintu lif itu. Aku scan pada lif untuk menekan nombor 25. Nasib baik lembaga yang aku nampak tadi tidak mengekori aku balik kerumah. Gambar yang boleh aku jadikan contoh seperti ini:


Sesampai dirumah, aku terus ke toilet untuk cuci kaki dan aku terus rebahkan badan aku di tempat aku biasa tidur di ruangan tamu. Tiba-tiba jam lonceng hp aku berbunyi menunjukkan jam 4:30 PAGI. Tak sempat aku nak berehat, aku bangun balik untuk siapakan juadah sahur. Bila semuanya sudah siap, aku bangunkan adik-adik aku dan kawan aku untuk sahur. Waktu kami semua sedang sahur, aku diam sahaja tanpa bercakap apa-apa. Sebab aku fikir balik soal kejadian yang meninpa aku tadi. Aku bukan memikir perasaan takut aku itu, tapi aku memikirkan yang aku nampak LEMBAGA MENYERAMKAN DALAM BULAN PUASA. Aku terfikir, sebab mustahil perkara seperti itu berlaku dalam bulan puasa. Susah aku nak percaya. Tiba-tiba adik aku bersuara:

"ABANG OK TAK?? DARI TADI SAYA TENGOK ABANG DIAM SAHAJA"

Aku pun jawab balik:

"TAK ADA APALAH.. CUMA PENAT SIKIT SAHAJA SEBAB BELUM TIDUR LAGI"

Adik aku bertanya lagi:

"JAM BERAPA ABANG NAIK RUMAH TADI"

Aku jawab balik:

"DALAM JAM 4 PAGI KOT, SEBAB MASUK JE RUMAH JAM DAH BUNYI NAK MASAK SAHUR"

         Adik aku hanya gelengkan kepala dan kami semua lanjutkan sahur sehingga azan subuh. Lepas selesai sahur, aku kemaskan meja dan cuba untuk lelapkan mata. Tiba-tiba aku terfikir lagi kejadian tadi. Dalam hati aku berkata:

"APA YANG AKU NAMPAK TADI?? MEMANG JELAS DAN MUSTAHIL DALAM BULAN PUASA ADA BENDA-BENDA MACAM TU"

Kejadian ini aku tak ceritakan pada adik-adik aku dan aku hanya pendam sendiri sahaja. Selang beberapa hari baru aku ceritakan semuanya. Aku pun hanya fikir positif sahaja waktu itu, mungkin sebab aku tertidur dalam kondisi sedang marah kot. Aku pun lelapkan mata dan terlena sampai tengahari.

TAMAT

Ulasan