SEHARUM BUNGA MELATI (WANITA BERJUBAH PUTIH)
Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku dan berlaku di rumah aku sendiri. Rumah aku terletak di KAJANG SELANGOR. Ianya adalah sesuatu perkara yang aku tanam dirumah aku yang terletak di balkony rumah aku. Ianya adalah sebuah pohon yang aku gelar POKOK BUNGA MELATI. Sekilas kalau di pandang, tak ada perkara pelik pon dengan pokok bunga itu. Tapi disebalik baunya yang wangi dan disebalik warna putih kecilnya, tersimpan 1 kejadian yang sangat mengerikan bagi diri aku. Tapi perkara ini tidak sering terjadi, hanya sesekali sahaja ia akan terjadi. Lebih-lebih lagi ia akan terjadi pada KHAMIS MALAM JUMAAT. Pada hari lain pula, ia tidak terjadi, hanya hari khamis malam jumaat sahaja yang akan terjadi. Tampa buang masa, aku akan ceritakan kejadiannya.
Aku ini memang jenis suka tidur di ruang tamu rumah aku. Sebab aku ada 1 tabiat yang aku sering lakukan sebelum aku nak tidur. Perkara yang sering aku lakukan setiap hari sebelum tidur adalah, aku akan menonyton beberapa movie sehingga aku terlena sendiri. Tabiat ini memang sudah ada pada diri aku dari aku kecil lagi. Pada khamis malam jumaat, suasana rumah aku akan jadi agak sejuk, seram dan juga bau bunga melti itu jadi kuat. Kadang baunya boleh cover 1 rumah. Yang peliknya, pada hari lain tidak ada bau seperti ini. Kecuali kalau aku sendiri yang ke pohon itu untuk hidu baunya. Kejadian ini akan mula berlaku sekitar jam 12 LEBIH TENGAH MALAM. Memang waktu itu pun aku masih lagi menonton beberapa movie diruangan tamu sambil merebahkan diri.
Adik-adik aku pula memang sudah tidur, sebab time mereka tidur sekitar jam 10 ATAU 10:30 MALAM. Mereka memang jenis tidur awal. Hanya aku sahaja yang boleh digelar burung hantu, sebab sering berjaga malam setiap hari. Sebelum ia terjadi, ia akan beri beberapa tanda-tanda yang ia akan terjadi. Tanda-tanda itu seperti, RASA SEJUK JADI MELAMPAU, BAU WANGI BUNGA MELATI MEREBAK 1 RUMAH dan juga akan ada BUNYI GULI BERTERABUR. Tanda-tanda ini memang akan terjadi sebelum kejadian berikutnya menyusul. Tapi bagi aku, tanda-tanda ini sudah menjadi 1 kebiasaan bagi diri aku. Waktu tanda-tanda ini ada, aku hanya akan rasa seram sedikit dan juga berhati-hati. Gambaran bunga melati yang aku dapat berikan contoh adalah seperti ini:
Kadang aku akan menghiraukan sahaja baunya dan hanya focus pada tv yang aku tonton. Aku penah untuk memberi orang pohon itu, cuma adik aku tidak benarkan. Sebab dia sangat suka dengan pokok bunga itu dan aku pon hanya merawat pokok itu dengan menyiram air setiap pagi dan petang. Kejadian pelik akan berlaku, selepas tanda-tanda itu bertambah kuat. Malam itu aku hanya berdiam diri dan tak mengeluarkan sebarang suara. Hanya suara tv saja yang pecahkan kesunyian. Tapi kadang-kadang, aku akan focus juga pada bunyi guli itu. Sebab dalam ISLAM, bunyi guli berterabur adalah berkaitan dengan mahluk halus yang kita boleh gelarkan sebagai JIN. Kepercayaan ini memang sudah ada dari zaman dulu lagi bagi orang-orang yang beragama islam. Tapi aku tak tahu lah agama lain ada kepercayaan yang sama atau tidak. Itu aku kurang pasti.
Bunyi guli itu semakin kuat dan tidak terkira berapa kali ia melantun ke lantai. Selepas bunyi guli itu berhenti, aku akan dengar bunyi kucing-kucing aku mengiau dan berdesis seperti memarahi sesuatu. Tapi aku tidak menghiraukan sangat sebab aku tahu yang kucing aku ini kalau bergurau memang agak kasar. dia kalau bergurau dengan aku pon, terkadang akan meninggalkan kesan-kesan cakar di tangan aku. Tapi yang peliknya, bila aku fikir balik, tak kan setiap kali khamis malam jumaat sahaja kucing-kucing aku jadi seperti itu. Perasaan ingin tahu aku sangat kuat dan aku akan periksa sangkar kucing-kucing aku di balkony. Bila aku periksa, aku lihat kucing-kucing aku dalam posisi seperti ingin menyerang. Gambaran yang aku boleh jadikan contoh adalah seperti ini:
Aku perhatikan saja gelagat kucing aku. Bila aku menghalang penglihatannya, dia akan cuba untuk pandang kearah yang lain. Seperti dia marah sesuatu perkara yang berada di belakang aku. Aku pun rasa agak seram juga, cuma aku tak layankan sangat perasaan aku itu. Aku pun kembali ketempat aku tidur tadi dan sambung menonton tv. Dalam aku sedang fokus menoton tv, tiba-tiba aku rasa seperti ada sesuatu yang perhatikan aku. Aku cuma melirik kearah sekitar dalam rumah, tapi suasana memang agak gelap sedikit sebab aku memang akan menonton tv dalam lampu yang tertutup. Waktu aku perhatikan sekeliling rumah, aku macam perasan sesuatu banyangan kelibat sedang berjalan di sebalik celah-celah lubang pintu depan. Aku pun fikir positif sahaja time tu, mungkin security sedang bertugas.
Aku pun endahkan sahaja, tapi kelibat itu macam benar-benar berdiri di luar depan pintu rumah aku dan tak berganjak sedikit pun. Perasaan ingin tahu aku makin tinggi dan aku terus bangun untuk periksa di luar rumah. Dengan lafaz BISMILLAH, aku pun buka pintu depan rumah aku. Aku pun perhatikan sekeliling di luar rumah, tiada apa-apa yang mencurigakan waktu itu. Aku pun gelengkan kepala dan mahu masuk semula dalam rumah. Sebelum kaki aku melangkah masuk kedalam rumah, tiba-tiba bunyi guli itu datang lagi dan kali ini bunyinya kuat terdengar di koridor depan rumah aku. Aku tergamam dan aku terfikir, tak mungkin budak-budak main guli waktu-waktu macam ni.
Aku cuba periksa bahagian koridor dan waktu itu tiada apa-apa disana. Aku pun melangkah semula nak masuk kedalam rumah aku. Tiba-tiba aku terdengar macam ada orang panggil nama aku:
"AAACHHHIKKKKK"
Sebayak 3 kali dia panggil nama aku. Bulu roma aku dah meremang disebabkan cara ia panggil nama aku itu, nadanya agak sayup dan panjang. Aku pun kembali periksa di koridor dan alangkah terkerjutnya, aku nampak seperti ada sosok lembaga memakai JUBAH PUTIH DAN WAJAHNYA TERTUTUP DENGAN SELENDANG WARNA PUTIH. Aku tergamam dan aku cuba fokuskan pandangan aku kearahnya. Ia tak bergerak, hanya berdiri tegak di bahagian koridor tempat laluan orang-orang nak menuju ke pintu lif.
Tampak fikir panjang, aku pun masuk kedalam rumah dengan mulut beristifar. Aku pun terus menutup pintu dan baring ke tempat yang aku tidur tadi. Aku cuba tenangkan kan hati dan fokus ke arah tv. Waktu aku sedang baring, aku terdengar kucing aku mengiau lagi dan kali ini dia menghulurkan tangannya seperti bersedia untuk mencakar. Aku pun terus keluar ke arah balkony untuk periksa. Aku cuba untuk lihat kearah kucing aku marah, aku punya terkejut, aku nampak lembaga tadi yang di koridor sedang melayang di tingkap bilik medium rumah aku. Tapi dia tidak memandang ke arah aku, dia seperti ingin mengintai ke dalam bilik itu. Gambaran yang aku boleh jadikan contoh adalah seperti ini:
Dalam bilik itu ada adik aku sedang tidur, tapi aku tak nak kejutkan dia sebab adik aku ini agak penakut sedkit orangnya. Waktu itu aku memandang kearahnya dan cuba baca beberapa potongan ayat-ayat AL-QURAN. Lembaga itu macam dapat rasakan yang aku membaca ayat-ayat itu kearahnya. Tiba-tiba di melayang keatas dan terus menghilang. Aku pun menarik nafas lega dan cuba memeriksa sangkar kucing aku semula. Selepas tiada apa-apa yang lagi berlaku, aku pun masuk kedalam rumah, tutup langsir di bahagian balcony dan terus rebahkan badan di depan tv. Aku pun teruskan menonton sampai mata aku jadi berat.
Selang beberapa jam, aku terdengar ada suara seperti seseorang lagi makan di arah luar balcony. Waktu itu aku hanya fikir, mungkin kucing-kucing aku tengah makan kot. Aku pon hiraukan saja bunyi itu, tapi bunyi itu agak lama juga selesainya. Pelik aku makin bertambah tinggi, aku pun selak sedikit langsir untuk lihat kearah balcony. Aku punya terkejut, aku nampak ada seorang perempuan sedang makan bunga melati itu. Aku pun perhatikan sahaja cara dia makan. Dia petik 1 per 1 bunga aku itu dan terus masukkan ke dalam mulut dia. Aku terfikir, siapa perempuan itu? Dari mana dia datang dan apa yang dia buat disini?
Aku perhatikan saja apa yang dia buat di balcony rumah aku. Tiba-tiba, dia macam perasaan yang aku sedang mengintai kegitan dia dan dia terus toleh kearah aku sambil tersenyum. Mulutnya tidak berhenti makan bunga melati aku itu, tapi peliknya, bunga melati itu tak habis-habis dari pokok itu. Macam yang dia makan itu bukan bunga sebenar, sebab aku nampak dia petik dan masukkan dalam mulutnya. Tapi tempat yang dia petik itu, keluar lagi bunga yang baru. Waktu dia menoleh ke arah aku, dia bersuara:
"BOLEHKAH SAYA MEMAKAN BUNGA INI?? INI ADALAH BUNGA KESUKAAN SAYA DAN SAYA SANGAT SUKA BAUNYA"
Aku pula hanya mengangguk kan sahaja kepala aku tanpa ada rasa bersalah atau takut. Sebab kenapa aku tak ada rasa takut? Sebab dia menjelma dalam fizikal perempuan yang bewajah sangat cantik dan baunya sama seperti bau bunga melati itu. Cara pemakaian nya pula, macam orang-orang zaman dulu punya pemakaian. Gambaran yang aku boleh berikan sebagai contoh adalah seperti ini: PINJAM GAMBAR SUZZANA SEBAB TAK ADA GAMBAR LAIN :)
Perasaan aku waktu itu hanya lebih ke arah pelik sahaja, aku pun malas nak layan. Sebab aku teringat orang lama-lama ada bercakap yang ada beberapa bunga tertentu mempunyai aura atau penunggunya. Lama kelamaan dia pun berhenti makan dan seperti mahu pergi. Sebelum dia pergi, dia bersuara:
"TERIMA KASIH ASTAS BUNGANYA DAN SAYA PULANG DULU YA. ADA KESEMPATAN SAYA AKAN DATANG LAGI. ASSALAMUALAIKUM"
Muka dia tersenyum dan terus hilang dari pandangan mata aku. Aku terkejut sebab dia memberi salam. Dalam hati aku berkata, sah ini seperti jin islam. Orang-orang di sekitar sini pun ada bercakap juga soal kawasan rumah aku ini. Mereka cakap yang kawasan kondo tempat aku duduk ini adalah kawasan hutan dan ada perkampungan yang orang biasa tak dapat lihat. Aku cuma fikir positif sahaja yang itu semua adalah khabar angin sahaja. Sebab aku kan anak indigo, jadi mesti aku boleh nampak kampung itu. Yang aku sentiasa nampak adalah di jalan sebelum sampai kerumah aku sana. Dalam hutan itu ada perkampungan. Aku percaya yang itu adalah kampung jin sebabnya, bila aku tanya adik-adik aku tentang apa yang aku lihat, mereka jawab tiada ada apa-apa disitu. So aku pun fahamlah apa yang aku nampak.
Aku pun kembali menonton tv sehingga aku terlelap. Besok pagi waktu aku bangun, aku tergerak hati nak periksa pokok bunga melati itu. Tiada apa-apa kesan petik pon aku tengok, bunga aku seperti biasa dan tiada kesan pergerakkan dan rosak. Aku pun masuk semula kedalam rumah dan ambil air untuk siram pokok itu.
So sampai sini sajalah yang aku dapat ceritakan kejadiannya, ada masa nanti aku akan ceritakan lagi soal pengalaman seram aku ok.. Selamat membaca dan terhibur.
TAMAT
Ulasan
Catat Ulasan