KEJADIAN TIDUR DI SEKOLAH WAKTU CAMP UPSR (PENUNGGU SEKOLAH) PART 1

Cerita ini terjadi di SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH, JOHOR BAHRU MALAYSIA. Waktu itu aku berusia 12 TAHUN dan waktu itu ada taklimat pembelajaran agama islam selama 3 HARI 2 MALAM. Pelajar yang terlibat harus tidur di sekolah dan aku juga terlibat waktu itu. Kejadian ini berlaku pada HARI KEDUA aku tidur di sekolah. Cerita ini adalah kisah benar yang terjadi pada diri aku satu ketika dulu. Pengalaman ini aku tidak pernah ceritakan pada sesiapa pun termasuk lah family aku sendiri. Agak seram juga waktu itu, sebab 1 hari aku tak tidur malam. So tanpa buang masa, aku akan cerita bagaimana ia berlaku.

        Pada hari kedua tidur di sekolah, waktu itu aku sedang duduk di kantin sekolah sambil menghafal beberapa ayat potongan al-quran yang cikgu suruh aku hafal. Waktu itu sekitar jam 6 petang dan semua pelajar yang terlibat membuat kerja masih-masing yang di beri oleh cikgu. Agak susah aku nak hafal waktu sebab ayat-ayat nya terlalu panjang dan penuh tanda-tanda kalimah. Jadi susah sikit aku nak tangkap masuk otak time tu, need time nak tangkap masuk otak semua ayat-ayat ni. Dalam waktu aku tenagh menghafal tu, sempat lagi mata aku memerhati sekeliling kantin. Macam-macam ragam aku nampak pelajar lain sedang buat kerja mereka. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada sekumpulan cikgu yang sedang berbincang sesuatu. Cara mereka berbincang nampak macam serius sangat. 

        Aku tengok macam ada something yang serius sangat mereka bincang dan tangan mereka menunjuk ke arah belakang sekolah. 

"APALAH YANG MEREKA BINCANGKAN AGAKNYA??"

Bisik hati aku. Aku pun malas nak layan sangat, sebab waktu itu ada perkara yang lagi penting aku nak kene buat. Lagipun itu bukan urusan aku nak ambil tahu apa yang mereka bincangkan, mungkin mereka tengah aturkan 1 aktiviti nanti malam agaknya. Tu yang serius sangat mereka bincang agaknya. Pendekkan cerita azan mahgrib pun berbunyi, aku terus kemaskan buku-buku aku dan terus menuju ke surau untuk solat mahgrib. Selepas solat, cikgu ada berikan beberapa taklimat berkenaan dengan pelajaran agama. Selepas tamat semua sesi taklimat, kami semua diarahkan ke kantin semula untuk makan malam. 

        Tiba-tiba mata aku tertumpu pada laluan jalan nak ke belakang sekolah, di belakang sekolah aku memang ada 1 pokok besar dan 2 buah rumah yang dijadikan stor tempat letak barang-barang yang rosak. Rumah itu memang kelihatan usang sangat-sangat. Di sebalik tembok laluan nak ke belakang sekolah itu, aku ternampak 1 sosok yang sedang mengintai di area situ. Sosok itu memandang tepat dekat aku, waktu itu aku hanya rasa pelik sahaja. Mungkin pelajar yang degil nak takut-takutkan orang lain agaknya. Waktu itu tak berapa nak jelas aku tengok, sebab pada laluan itu, cikgu tak hidupkan lampu dan hanya di terangi oleh chaya dari kantin sahaja. Yang aku nampak waktu itu bentuk fizikalnya macam 1 orang perempuan yang sedang berdiri dari jarak jauh, berpakaian putih lusuh dan berambut yang menutupi wajahnya. Contoh yang aku boleh berikan sebagai gambaran adalah:




        Aku terus bagitahu cikgu yang aku nampak sesuatu di belakang itu:

"CIKGU... ADA ORANG KE DEKAT SANA??"

Cikgu pun toleh ke tempat yang aku tunjuk itu dan cikgu hanya tersenyum dan menjawab:

"OWHHH.. ITU CIKGU HAMIDA TENGAH SIAPKAN SESUATU UNTUK AKTIVITI MALAM INI"

Bila cikgu dah cakap macam tu, aku pun tak banyak bantah apa yang cikgu cakap. Cuma aku terfikirlah, tak kan cikgu buat kerja dalam suasan gelap macam tu?? Cara pakai baju pun dah macam bukan orang aku tengok. Rasa ingin tahu aku sangat tinggi, aku pun angkat tangan dan minta izin pada cikgu:

"CIKGU.. SAYA NAK KE TANDAS SEKEJAP BOLEH??"

Cikgu pun jawab:

"AWAK NAK SAYA TEMAN KAH?? DAH MALAM NI, BAHAYA KALAU AWAK PERGI SEORANG"

Aku jawab balik: 

"EH TAK APA CIKGU.. SAYA BOLEH PERGI SORANG SAJA, SAYA TAK TAKUT PUN. KAN SAYA LELAKI.. HAHAHA"

Dengan megah jawapan aku bagi pada cikgu. Cikgu pun hanya tersenyum dan angguk kan kepala saja. Aku pun pergi ke menuju ke tandas, tapi aku tak ikut laluan belakang. Aku ikut laluan depan sahaja, sebab aku takut cikgu risau yang aku jalan gelap-gelap. Niat aku waktu itu cuma nak pastikan apa yang aku nampak tadi?? 

        Aku pun pergi ke toilet dan sesampai sahaj di toilet, aku buka lampu toilet dan waktu lampu toilet berkelip nak hidup, aku pun toleh ke belakang dan aku nampak sosok tadi. Sebab pintu tandas sekolah aku ini, mengadap rumah lama tu juga. Kali ini aku nampak dia bertenggek antara 2 dahan di pokok besar itu. Sosok itu bergayut dan memandang ke arah aku, waktu itu aku agak sedikit gementar sebab jelas sangat fisik sosok itu.Tapi aku kuatkan semangat dan aku masuk tandas sambil mulut aku terkumat kamit mengucapkan kalimah:

"ASTARAFIRULLAH"

Sosok itu masih berada di tempat yang sama, tapi peliknya dia tidak mengganggu aku. Dia hanya melihat dan tersenyum sahaja ke arah aku. Kali ini fisiknya jelas aku nampak, seperti perempuan, berpakaian lusuh, rambut berurai dan mata besar bercahaya. Agak menakutkan juga lah bagi aku, tapi tak tahu lah bagi orang lain takut atau tidak. Waktu itu aku selesai di toilet dan aku pergi menuju ke kantin dengan aku menundukkan kepala aku. Aku memang tak nak tengok sosok itu. Aku berjalan sambil berkata dalam hati:

"AKU MINTA MAAF KALAU AKU ADA BUAT SALAH, AKU DATANG SINI HANYA UNTUK BELAJAR DAN AKU TAK GANGGU SESIAPA. TOLONG JANGAN GANGGU AKU"

Gambaran yang aku boleh berikan sebagai contoh adalah seperti ini:




        Waktu itu aku nak menuju ke kantin, ntah macam mana langkah aku boleh menuju masuk kedalam bilik darjah yang berada di laluan nak ke kantin. Mungkin aku takut sangat waktu itu sampai aku tak perasan aku berjalan ke arah mana. Masuk ja aku dalam kelas itu, aku baru perasan yang aku berada dalam kelas. Aku time itu memang terkejut dan bercampur dengan perasaan yang takut sangat-sangat. Waktu itu aku terus duduk di kursi dan aku letakkan kepala aku atas meja sambil mengalir air mata sebab takut sangat. Aku tak tahu berapa lama aku dalam kelas itu sehingga aku boleh terlelap dalam kelas. Dipendekkan cerita, aku terjaga tak tahu jam berapa disebabkan aku terdengar bunyi ketukan di tingkap bilik darjah.

        Aku dalam keadaan mamai waktu itu, jadi aku tak boleh nak focus apa yang aku dengar waktu itu. Suasana memang sejuk gila time tu, sebab tidur dalam kawasan terbuka kan. Bila keadaan mamai aku sudah mula berkurang, aku tengok di tangan yang sedang menunjukkan jam 12 malam. Waktu itu aku baru perasan yang semua pelajar sudah ada di katil masing-masing. Aku memang tak perasan langsung, bila mereka semua masuk tidur dan tak ada seorang pun yang bangun kan aku waktu itu. Time tu aku memang ada sikit perasaan marah lah sebab tak ada orang kejut aku suruh baring di katil. Time tu aku berkata:

"MAAA AIII, SORANG PON TAK KEJUT AKU BUAT TAIK MATA SAMA2. TAK SEMANGAT KAWAN BETUL"

        Dalam keadaan sakit hati, badan aku ada rasa sengal-sengal sikit waktu itu. Yelah tidur duduk dan bongkok kan, mana tak sakitnya badan. Tiba-tiba otak aku berfikir, mesti cikgu ingat aku ponteng taklimat malam. Rasa serbesalah aku meninggi dan aku buat keputusan nak ke bilik tempat cikgu tidur, atas alasan yang aku nak minta maaf dan aku nak ceritakan apa yang jadi. Tapi bila aku fikir balik, sekarang sudah malam lewat malam. Cikgu nak dengar ke apa yang aku cakap, takut nanti aku cerita, cikgu fikir pula yang aku ini reka-reka cerita. Hai maklum lah masih budak lagi kan waktu, umur pun baru 12 tahun. Mesti cikgu akan ingat yang aku ini hanya berhalusinasi.

        So aku pun tak jadi pergi dan aku duduk balik di kerusi sambil tengok pelajar lain tidur. Gambaran yang aku boleh berikan waktu itu sebagai contoh adalah seperti ini:




Dalam aku perhatikan kawan aku itu, mata aku tiba-tiba jadi berat semula dan aku pun baring di katil aku dan sambung tidur. Aku pun terlelap macam tadi dengan selimut yang agak tebal sebab sejuk sangat time tu. Kali ni aku tak dapat nak tidur lena sangat, sebab tadi aku dah tidur. Jadi aku hanya terlelap sekejap sahaja, dalam kondisi aku tidur-tidur ayam, aku terdengar sekali lagi suara ketukan tadi. Aku pun bangun dan tengok sekeliling, daripada mana datang ketukan tadi?? Aku pun cari-cari suara ketukan itu datang dari mana, terpusing-pusing kepala aku melihat situasi time tu. Yang aku pelik time tu, budak-budak ni semua, tak dengar ke suara itu?? Padahal kuat gila suara itu dan dalam hati aku berkata:

"TIDUR MATI KE APA KORANG SEMUA NI??"

        Tiba-tiba suara itu berhenti dan aku pula malas nak layan fikiran, aku pun buka buku dan baca untuk aku ngantukkan mata aku semula. Baca punya baca, suara itu bunyi lagi dan kali ini dia berbunyi di bilik darjah bersebelahan dengan bilik darjah yang aku tidur. Tapi bilik dajah sebelah, tak ada orang tidur. Sebab cikgu suruh semua pelajar lelaki tidur dalam 1 bilik darjah sahaja. Sama juga dengan pelajar perempuan, tapi mereka special sikit. Sebab bilik darjah mereka tidur berdekatan dengan bilik cikgu tidur. Aku pun tutup buku aku dan bangun ke bilik darjah sebelah. Waktu aku keluar dari bilik darjah aku itu, di area koridor ada seorang budak sedang berdiri jauh dari aku. Dia berdiri tegak tanpa berbuat apa-apa time tu. Gambaran yang aku boleh berikan sebagai contoh adalah:




        Time tu rasa takut aku datang balik dan time tu aku tak boleh nak lari. Macam ada sesuatu yang lock kaki aku. Aku memandang kearah budak itu dan berkata:

"KAU SIAPA?? APA YANG KAU NAK?? JANGAN GANGGU AKU BOLEH TAK??"

Waktu itu nada suara aku agak bergetar sedikit sebab waktu itu aku menangis ketakutan. Tapi budak itu menuju ke arah aku dan pusing kearah laluan belakang sekolah. Dalam aku ketakutan itu, aku memberanikan juga diri aku mengikuti arah budak itu pergi. Sesampai aku dibelakang, aku tak ada nampak apa-apa sosok yang menyeramkan dibelakang. Yang aku nampak hanyalah suasana yang tidak begitu terang yang hanya di terangi chaya kantin sahaja. Aku pun memberanikan diri berjalan kearah belakang lebih dalam lagi. Waktu itu semuanya tiada apa-apa yang terjadi dan hanya kedengaran suara cengkerik sahaja. Bila aku sampai betul-betul berhadapan dengan rumah usang itu. Aku terdengar sekali lagi ketukan yang kuat sangat dari dalam rumah itu pula. Aku terkejut dan terus lari masuk kedalam surau sekolah. 

        Aku pun masuk kedalam surau sekolah dan aku tak sempat membuka lampu surau sekolah waktu itu. Aku duduk di tepi tembok menghala ke arah kiblat dalam surau itu dan aku terus mengambil kitab al-quran dan peluk dengan erat kitab itu. Mulut aku tidak berhenti-henti mengucapkan kalimah:

"ALLAHUAKBAR DAN ASTAFIRULLAH"

Tiba-tiba aku baru teringat yang aku belum solat isyak waktu taklimat tadi, sebab aku terlelap ntah berapa lama dalam bilik darjah tadi. Aku pun bingkas bangun, hidupkan lampu dan terus pergi ambil wudhu. Selepas aku berwudhu, aku mulakan solat aku dengan keadaan yang masih dalam ketakutan. Aku cuba lawan rasa takut aku itu sampai aku kadang-kadang terlupa apa yang aku baca dalam solat aku. Tapi aku tetap meneruskan juga solat aku. Dalam berapa step solat aku, aku menyebut perkataan:

"ALLAHUAKBAR"

Untuk aku menukar kearah rukuk dan sujut. Sepanjang aku menyebut kalimah itu, aku terdengar macam ada seseorang yang mengikuti bacaan kalimah itu dari belakang. Waktu itu, badan aku kembali menggigil dan aku tetap meneruskan solat aku. Bila aku dah masuk ke step nak sujud, pandangan mata aku teralih kearah cermin yang berhadapan dengan aku. Cermin itu betul-betul terletak di bahagian depan tempat imam solat. Aku betul-betul terkejut waktu itu sebab aku terpandang ada 1 sosok yang mengikuti aku solat di belakang. Gambaran yang aku boleh berikan waktu itu sebagai contoh adalah:




        Tapi walaupun aku dalam keadaan terkejut, aku tetap juga teruskan solat aku sampai selesai. Sosok itu berhenti mengikuti aku solat selepas aku masuk ke tahyat akhir solat dan aku menyebut 2 kalimah syahadah. Suara sosok itu berhenti mengikuti aku, tapi walaupun aku sudah selesai solat, aku masih lagi dalam keadaan ketakutan. Mungkin sebab solat aku tak khusyuk agaknya. Aku ambil balik al-quran dan kembali memeluk al-quran itu, Tiba-tiba aku terdengar lagi suara ketukan dan ada yang memanggik nama aku sambil memberi salam:

"ASSALAMUALAIKUM ACHIIIKKKKK"
"ASSALAMUALAIKUM ACHIIIKKKKK"
"ASSALAMUALAIKUM ACHIIIKKKKK"

3 kali dia memanggil nama aku sambil memberi salam, tapi aku tidak sahut salam itu. Lepas 3 kali dia memanggil nama aku sambil memberi salam, dia berhenti memanggil. Tapi dia kembali ketuk lagi, ketukan dia tu memang kuat sangat. Macam nak kasi pintu surau itu pecah dia ketuk. Tiba-tiba aku terpandang macam ada orang sedang meronda, aku perhatikan betul-betul siapa yang meronda time-time macam ni. Bila aku tengok betul-betul, rupanya cikgu aku sedang meronda. Mungkin dia nak tengok kawasan agaknya dan aku terus panggil cikgu dengan nada yang tinggi:

"CIKGUUUU...!!! TOLONG SAYAAAA.. CIKGUUUUU..!!"

        Banyak kali juga aku panggil cikgu, akhirnya cikgu dengar aku menjerit dan terus berlari ke arah aku. Waktu itu aku menangis dan terus peluk cikgu kuat-kuat. Cikgu pun bertanya pada aku:

"ACHIK.. APA YANG AWAK BUAT DALAM SURAU TENGAH2 MALAM MACAM NI?? ACHIK AWAK OK KE?? KENAPA NI?? CUBA BAGITAHU CIKGU KENAPA??"

Waktu itu aku tak boleh nak jawab apa-apa, badan aku menggigil, menangis dan tidak lepas aku peluk cikgu. Cikgu aku bersuara lagi:

"JOM CIKGU BAWA AWAK KE OFFICE SAYA"

Aku hanya angguk kan kepala dan ikut cikgu ke office dia. Sepanjang jalan aku menangis dan tak lepas dari peluk cikgu. Sampai saja office cikgu, dia terus ambil air dan baca beberapa potongan ayat dan memberi aku minum. Selepas aku minum beberapa tegok air yang cikgu berikan, cikgu bertanya lagi:

"AWAK OK TAK NI ACHIK??"
"MACAM MANA AWAK BOLEH ADA DALAM SURAU TU TENGAH-TENGAH MALAM MACAM NI??"
"APA YANG AWAK BUAT DISANA??"

Macam-macam soalan yang cikgu tanya aku, aku pun bersuara menjawab kembali pertanyaan cikgu aku:

"TAK ADA APA CIKGU, TADI SAYA TERBANGUN DARI TIDUR DAN SAYA BARU TERINGAT YANG SAYA TAK SOLAT ISYAK LAGI.. SELESAI SAYA SOLAT ISYAK, SAYA TERKUNCI DALAM SURAU DAN TAK BOLEH KELUAR"

Aku tak jujur waktu itu sebab aku takut cikgu tak percaya kalau aku bagitahu apa yang terjadi sebetulnya. Kebetulan pulak, pintu surau sekolah aku itu memang ada masalah. Kalau orang tak pandai buka, memang akan terkunci dari dalam. So aku dapat tipu cikgu waktu itu dengan masalah pintu itu untuk aku tutup kejadian sebenar.

        Bila cikgu dengar aku cakap macam tu, dia pun menggelengkan kepala dia dambil berkata:

"TULAH AWAK.. KALAU NAK KELUAR TOILET MALAM2 ATAU NAK PERGI SURAU MALAM2 NI, PANGGIL SAYA SEKALI. BIAR SAYA TEMANKAN AWAK. MALAM NI BAHAYA TAU KALAU AWAK PERGI SORANG2"

Aku pun minta maaf pada cikgu dan selepas kami berbual, cikgu terus hantar aku balik ke bilik darjah aku. Cikgu terus baringkan aku di katil dan selimutkan aku, lepas itu cikgu pun beredar balik ke office dia. Dipendekkan cerita lagi, selang beberapa minit aku di bilik darjah, aku terdengar suara ketukan itu lagi. Kali ini aku tak nak bangun dari katil aku dan aku terus selubungkan 1 dan aku dengan selimut. Suara ketukan itu makin lama makin kuat, tapi cuma aku sorang saja yang dengar. Orang lain tak dengar pun, mereka semua macam tidur mati agaknya. 

        Aku tak boleh tahan lagi, aku buka selimut aku dan cuba mengintai sedikit. Aku terkejut bila aku tengok ada budak lelaki yang agak menyeramkan mengetuk pintu bilik darjah aku. Fisik budak lelaki itu seperti memakai baju kemeja putih lusuh, seluar slag lusuh dan wajah yang agak menakutkan. Waktu itu dia mengetuk pintu bilik darjah aku sambil memanggil nama aku lagi, tapi kali ini agak lain sikit cara dia panggil:

"ACHHHIIIIKKK... AWAKKKK... JOM TEMAN SAYA MAIN, SAYA TAKUT SORANG2, JOM TEMAN SAYA MAIN2"

Dia cakap macam tu sambil ketuk pintu bilik darjah aku, waktu itu aku cakap balik dekat budak lelaki tu:

"JANGAN KACAU AKU...!! PERGI..!!!"

Banyak kali aku cakap macam tu, sebab waktu itu aku betul-betul tak tahan diganggu. Lepas itu aku tengok budak lelaki itu hilang secara tiba-tiba. Aku macam ada rasa lega sikit lah. Gambaran budak lelaki yang aku boleh berikan contoh adalah:




        Bila aku sudah rasa lega sikit, aku kembali berselubung dan cuba melelapkan mata. Tapi malam itu aku senang sikit lelap, mungkin sebab penat sangat agaknya. Aku pun lena tidur malam tu. 

NANTIKAN SAMBUNGANGAN PART 2


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MIMPI ACHIK (LELAKI BERJUBAH HITAM DAN LELAKI TANPA KEPALA)

MISTERI KAWAT KAKI (HANTU JEPUN)

LEMBAGA HITAM MENGINTAI (HANTU AIR)