KEJADIAN TIDUR DI SEKOLAH WAKTU CAMP UPSR (PENUNGGU SEKOLAH) PART 2

Cerita ini adalah sambungan dari cerita sebelumnya. Cerita yang aku buat ini memang agak panjang dan aku terpaksa buat part 2. Kejadian waktu umur aku 12 tahun itu memang agak menyeramkan. Bila kita baca, terasa agak pendek ceritanya. Tapi apa yang aku alami waktu itu, memang terasa agak panjang dan lama. Hai maklum lah, kejadian berlaku sepanjang malamkan. So tanpa buang masa, aku akan cerita sambungannya.

       Waktu itu aku tersedar lagi dari tidur lena aku, aku pun tak tahu jam berapa waktu itu. Yang aku rasa sebab aku tak tahan nak pergi tandas, aku pun bangun tanpa aku prhatikan keadaan sekeliling. Aku pun berjalan keluar dari bilik darjah dan aku ambil laluan depan menuju ke tandas. Sepanjang jalan, aku tak ada rasa apa-apa pelik waktu itu. Hanya suasana sejuk yang buat bulu roma aku meremang dan rasa nak kencing aku tinggi. Bila aku sampai sahaja di tandas, aku terus melepaskan hajat kecil aku. Tiba-tiba aku terdengar sesuatu yang jatuh dalam tandas di area tempat cuci tangan. Aku tersentak dan aku terus periksa apa yang jatuh time tu. Bila aku sudah periksa, aku tak nampak apa-apa yang pun time tu. Barang-barang yang ada di tempat cuci tangan itu, semuanya tersusun rapi. 

        Aku punya pelik tu sampai aku pekik dari dalam dan aku cakap:

"WOIIII, SIAPA YANG NAK KACAU AKU TU?? TAK ADA KERJA LAIN KE KORANG NAK TAKUT2 KAN ORANG?? HAAISHHH KORANG NI"

Sebab waktu itu aku ingat pelajar lain yang sengaja nak menyakat aku. Aku pun keluar dari tandas dan terus menuju ke bilik darjah. Sesampai aku di bilik darjah, aku tengok pelajar lain semuanya sedang tidur lena. So terus terlintas dalam fikiran aku, kalau semuanya tidur, siapa yang menyakat aku tadi dekat tandas. Aku pun terus tawaf 1 bilik darjah dan aku nak tengok, ada tak pelajar yang tak ada di tempat tidur dia time tu. Pusing punya pusing, semua pelajar memang tengah tidur dan tak ada 1 pon tempat tidur yang kosong. Aku punya rasa takut tiba-tiba datang balik. Aku terus balik ke tempat tidur aku dan terus selubung balik badan aku.

        Sebaik sahaja sudah selubung badan aku, tiba-tiba aku terdengar macam ada suara budak perempuan yang sedang baca buku di luar bilik darjah. Aku perhatikan sahaja suara itu, memang betul-betul kuat sangat cara dia baca buku. Lepas itu aku pun beranikan diri bangun dari tempat tidur dan tengok kearah luar melalui tingkap. Ya memang betul ada seorang pelajar perempuan yang sedang duduk baca buku di pondok bacaan time tu. Tapi aku tak nampak jelas sangat time tu siapa pelajar perempuan itu, sebab pondok bacaan dengan bilik darjah aku agak boleh dikatakan lebih dari 20 langkah nak kesana. Yang buat aku pelik lagi, macam mana suara dia boleh kuat dan terdengar sampai sini?? Gambaran yang aku boleh berikan sebagai contoh adalah:




        Aku pun pergi ke arah budak perempan itu sebab nak tanya yang dia kenapa tak tidur lagi?? Bila dah semakin dekat dengan pondok bacaan itu, baru nampak jelas muka pelajar perempuan itu. Nama dia SYAFIQAH dan 1 KELAS dengan aku, aku pun tanya pada dia:

"PIQAH... AWAK KENAPA TAK TIDUR LAGI"

Dia pun jawab pertanyaan aku:

"SAYA NAK BACA BUKU LAMA-LAMA, BIAR SEMUA SAYA DAPAT HAFAL. SEBAB DALAM BILIK DARJAH, SAYA TAK BOLEH NAK BACA BUKU, BISING SANGAT"

Bila aku dengar apa yang dia cakap, aku terfikir yang aku tak ada dengar pula suara bising dari bilik darjah dia. Tapi time tu aku tak terlalu pikir panjang sangat, aku pun sambung berbual dengan dia:

"CIKGU BAGI AWAK TAJUK APA UNTUK AWAK HAFAL??"

Dia pun jawab:

"SAYA DAPAT TAJUK AZAB KUBUR"

Aku tercengang dengan tajuk yang dia cakap dengan aku, sebab 1, tanjuk tu huraian dia memang panjang. 2 pula, berani pula budak ni hafal sorang-sorang dekat pondok bacaan ni, malam-malam pula tu. Aku pun cakap dengan dia:

"DAH2 PIQAH.. AWAK SAMBUNG BESOK SAJA HAFAL TU. SEBAB KITA ADA MASA 1 HARI LAGI NAK BAGI HASIL PADA CIKGU SEMUA KAN. NANTI BILA CIKGU NAMPAK KITA MACAM NI, NANTI CIKGU MARAH PULA. AWAK TU PULA ORANG PEREMPUAN, TAK BAIK DUDUK SORANG2 MACAM NI"

        Dia pun angguk apa yang aku cakap dan dia pun bangun dan pergi dari pondok bacaan itu. Tapi dalam beberapa langkah dia pergi, dia menoleh ke arah aku dan berkata sambil memberi senyuman yang agak meneyeramkan bagi aku juga time tu. Dia berkata:

"TERIMA KASIH ACHIK, SAMPAI MASA KITA JUMPA LAGI"

Aku terkejut kenapa dia cakap sampai masa jumpa lagi, padahal memang kita akan selalu jumpa lepas ini. Kan kita dalam aktiviti 1 camp. Aku agak gemtar sikit dan jawab balik apa yang dia cakap:

"YELAH SAMA2"

Kawan kelas aku pun toleh balik kedepan dan sambung jalan balik ke bilik darjah dia. Tapi ada sesuatu yang buat aku pelik dengan ni, dia berjalan sangat perlahan dan dia bukan menuju ke arah bilik darjah. Tapi dia menuju ke arah belakang nak kerumah usang sana. 

        Aku pun tak cakap banyak, aku terus berlari ke arah dia. Tapi tak sempat sampai, aku tersungkur jatuh sebab terlanggar batu yang disusun di pondok bacaan itu. Bila aku bangun dan nak sambung kejar dia semula, aku tengok dia sudah tak ada. Aku pun rasa pelik dan bercakap dalam hati:

"CEPATNYA DIA HILANG"

Aku pun berjalan ke arah kawan aku pergi tadi, sampai sahaja di belakang itu, aku betul-betul terkejut. Aku nampak rumah usang itu sudah berubah jadi 1 bangunan sekolah dan penuh dengan pelajar yang sedang bermain depan sekolah itu. Keadaan sekolah itu agak usang sikit bangunan nya dan pelajar-pelajar disitu semuanya kelihatan agak pucat waktu itu. Aku betul-brtul tergamam dan rasa takut aku time tu memang kuat sangat. Gambaran yang aku boleh berikan sebagai contoh adalah:




         Aku perhatikan sahaja budak-budak itu bermain dan tiba-tiba ada 1 pelajar disitu dan berkata pada aku:

"AWAK.. JOM KITA MAIN SAMA2"

Tanpa aku sempat nak jawab, dia terus tarik tangan aku dan bawa aku lari masuk ke dalam sekolah dia. Dalam sekolah itu, aku nampak semua pelajar berada dalam bilik darjah masih seolah-olah sedang tekun belajar. Tapi sepanjang aku berjalan, semua pelajar disana termasuk gurunya juga menoleh kearah aku dengan wajah yang agak menakutkan. Waktu aku aku terus tunduk kan kepala aku dan dalam masa yang sama, aku menangis sebab perasaan takut kuat sangat. Aku terus tarik tangan aku dan berlari sekuat tenaga untuk keluar dari sekolah itu. Tapi sepanjang aku berlari menuju ke pintu keluar, aku perasan yang pintu keluar itu semakin menjauh. Aku pun patah balik dan berlari kearah lain, sejauh mana aku berlari, aku akan tiba di tempat yang sama. 

        Waktu itu perasaan takut aku sangat kuat membuatkan aku tak ada rasa putus asa. Aku pun berlari kesan sini sampai aku tak sedar berpa lama aku sudah berlari dan sejauh mana aku dah pergi. Pusing macam mana sekali pun, aku tetap akan sampai ketempat yang sama. Tiba- tiba pelajar yang tarik tangan aku tadi muncul di belakang aku dengan wajah yang menyeramkan. Dia bertanya pada aku:

"AWAK NAK PERGI MANA?? JOM LAH KITA MAIN SAMA.. HEHEHEHE"

Aku terus menjawab:

"TAK NAK..!!! AKU NAK BALIK..!!"

Aku menjawab dengan nada yang menangis waktu itu. Tapi dia terus mendesak aku untuk bermain dengan dia. Aku pun kedepan dan terus menjerit kearah dia dan aku berkata:

"AKU NAK BALIK.. NAK BALIKKK..!!! JANGAN KACAU AKUUU...!!"

        Dia amelihat aku dengan wajah yang tersenyum ngeri dan sedikit ketawa waktu itu. Perasaan takut aku tiba-tiba berkurang dan aku terus berlari kearah dia dan menempuh tubuh dia waktu itu. Sampai kearah dia, tiba-tiba dia menghilang entah kemana, aku pun teruskan berlari ke arah pintu keluar waktu itu. Gambaran yang aku boleh berikan sebagai contoh adalah:




Waktu dalam keadaan berlari kearah pintu keluar, aku perasan yang pelajar perempuan yang aku nampak di pondok bacaan itu ada dalam salah 1 bilik darjah di sekolah usang itu. Langkah aku terhenti dan aku perhatikan betul-betul kearah pelajar perempuan itu. Memang bukan orang lain lagi, memang kawan aku syafiqah berada dalam kelas itu. Aku pun memanggil nama kawan aku itu banyak kali:

"PIQAH..PIQAHHHH... SINI CEPAT"

        Tapi panggilan aku tidak disahut oleh kawan aku itu, dia seolah-olah macam tidak dengar aku panggil dia. Aku pun pergi kearah dia dengan langkah yang agak berjaga-jaga. Tapi waktu aku nak kearah dia, bilik darjah itu sama macam pintu depan makin lama makin jauh. Dalam hati aku berkata:

"TEMPAT APA NI??"

Waktu itu aku macam ada sikit perasaan putus asa, aku pun terduduk menangis seperti pasrah apa yang nak jadi selepas ini. Tiba-tiba lonceng sekolah ini berbunyi dan aku lihat semua pelajar yang bermain didepan sekolah tadi, semuanya masuk kedalam sekolah. Aku bangun dan terus ketepi sebab mereka semua mahu langgar tubuh aku waktu itu. Tapi yang peliknya, pelajar yang aku nampak bermain depan sekolah tadi, tak adalah seramai mana. Tapi yang berebut masuk, ramai gila sampai tak ada ruang nak berjalan. 

        Aku lihat pelajar itu semua berlari kearah 1 ruangan yang ada dalam sekolah itu dan mereka hilang di ruangan itu. Aku pun bangun dan melihat kearah kawan aku tadi, kali ini dia melihat kearah aku dengan biji mata yang sedikit terbeliak dan bercahaya. Aku betul-betul terkejut time tu dan aku nak sambung lari kearah pintu depan sekolah. Tiba-tiba kaki aku jadi kaku seperti kene lock dengan sesuatu. Aku tidak dapat bergerak dan aku hanya berdiri seperti kayu di situ. Gambaran fisik kawan aku yang aku boleh bagi contoh adalah:




Tiba-tiba kawan aku itu bangun dan berlari kearah aku. Aku pun terkejut dan bergerak maju kearah belakang sampai aku tak perasan yang aku langgar tembok. Kepala aku terhantuk di tembok dan aku jatuh pigsan disitu. Pendekkan cerita, tiba-tiba aku terdengar macam ada orang ramai memanggil nama aku. Waktu itu mata aku sedikit kabur sebab menahan sakit kepala yang kuat sangat dan tiba-tiba aku perasan macam ada orang buka kunci rumah usang ini. Aku nampak cikgu aku masuk dan beberapa pelajar lain pun masuk kesini.

        Cigu aku perasan yang aku terbaring dengan kepala yang sedikit agak kebiruan lebam. Cikgu bertanya kepada aku:

"ACHIK.. APA YANG KAMU BUAT DALAM STOR NI"

Waktu itu aku tidak dapat nak jawab, sebab badan aku lemah sangat time tu. Tapi aku perasan yang cikgu aku melihat sekeliling sambil mulutnya membaca sesuatu. Sebab mustahil lah aku boleh masuk ke rumah usang itu dengan keadaan pintu rumah itu terkunci. Aku rasa yang cikgu aku ini macam tahu sesuatu berlaku dengan aku dan juga berlaku disini. Tapi mungkin dia tak mahu keadaan bertambah teruk, so dia pun tak cakap apa-apa. 

        Lepas itu cikgu aku panggil semua pelajar-pelajar yang alin untuk bantu mengangkat aku bawa ke bilik pesakit di sekolah aku. Mereka semua angkat aku dan terus bawa ke bilik pesakit dan sampai disana, aku diberi minum dan makan sambil kawan-kawan aku bantu aku untuk membersihkan badan aku yang sedikit kotor. Selepas semuanya sudah selesai, aku minta salah seorang kawan aku panggil kan kawan sekelas aku yang bernama syafiqah datang jumpa aku. Mereka pun panggil dan syafiqah pon datang jumpa aku. Aku pun terus tanya kawan aku itu:

"SEMALAM MALAM, AWAK ADA KELUAR BILIK DARJAH DAN BACA BUKU DI PONDOK BACAAN SANAKAH SORANG2??"

Dia pon jawab:

"EH MANA ADA.. KITA TIDUR LAH AWAK, PAGI JAM 5 SAYA BARU BANGUN SOLAT SUBUH.. KENAPA AWAK??

Aku hanya tersenyum dan geleng kepala sahaja selepas dia cakap macam tu. Selepas itu dia pun keluar dan aku tinggal bersendirian dalam bilik pesakit itu. Lepas itu aku cuba untuk lelapkan mata sebab badan aku time tu rasa penat sangat-sangat. Tiba-tiba aku terfikir balik:

"MEMANG BETUL AKU NAMPAK KAWAN PEREMPUAN AKU ITU SEMALAM MALAM"
"AKU SIAP BERBUAL LAGI DENGAN DIA"
"APA YANG BERLAKU SEBENARNYA??"

Makin lama aku fikir, makin sakit kepala aku. Rasa berdenyut-denyut kepala aku, aku malas nak fikir dan aku aku lelapkan mata aku. 

        So inilah pengalaman aku yang aku dapat ceritakan pada korang semua, tapi aku minta maaf sebab ada beberapa persoalan yang aku tak dapat nak jelaskan. Sebab aku sendiri tak dapat jawapannya sampailah sekarang. So next time aku akan ceritakan pengalaman aku yang baru ok. Tq for support dan Assalamualaikum.

TAMAT


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MIMPI ACHIK (LELAKI BERJUBAH HITAM DAN LELAKI TANPA KEPALA)

MISTERI KAWAT KAKI (HANTU JEPUN)

LEMBAGA HITAM MENGINTAI (HANTU AIR)