MIMPI ACHIK (LELAKI BERJUBAH HITAM DAN LELAKI TANPA KEPALA)
Cerita yang ingin aku sampaikan pada hari ini adalah sebuah cerita yang berlaku pada 17/08/2025 AHAD tengah malam. Cerita ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam mimpi aku. Sebenarnya, mimpi aku ini sudah pun terjadi sebanyak 4 kali dalam hidup aku. Disebabkan itu, aku agak pelik akan mimpi ini sampai aku tertanya-tanya, apakah jawapan dari mimpi-mimpi aku ini. Baiklah, aku akan ceritakan mimpi yang terjadi pada waktu itu.
Cerita ini berlaku sekitar jam 11 lebih malam pada hari ahad itu. Waktu itu aku sedang bermain Hp untuk membuatkan mata aku ngantuk. Tapi sepanjang aku main dengan Hp aku, aku tidak sedap hati dan aku mula mendengar suara-suara dari belakang rumah. Waktu itu aku berada di ruang tamu, sebab aku suka tidur di ruang tamu berbanding dalam bilik aku sendiri. Tapi aku pula tidak terlalu melayan akan suara-suara itu dan aku hanya anggap suara dari jiran-jiran sebelah atau suara binatang. Mata aku pun mula mengantuk dan aku pun terlelap sambil Hp aku masih menyala ditangan aku. Bermulalah mimpi aku pada waktu itu.
Dalam mimpi aku itu, aku seperti terbangun dari jasad aku dan boleh dikatakan seperti 'ASTRAL PROJECTION' yang bermaksud kondisi dimana seseorang merasa jiwanya terpisah dari tubuh fisik dan dapat melihat tubuhnya sendiri sedang tidur. Dalam mimpi aku itu, aku bertemu dengan sosok entiti yang berjubah hitam. Sosok itu aku sangat mengenali entiti itu, dia pernah datang sebanyak 3 kali dalam mimpi aku. Sosok berjubah hitam sambil membawa tongkat. Gambaran yang aku boleh berikan sebagai contoh adalah seperti gambar di bawah ini:
Kali ini dia datang sambil membawa teman dan teman yang dia bawa itu tidak pernah aku lihat dalam mimpi aku sebelum ini. Sosok entiti yang menjadi temannya itu seperti sosok yang tidak terlihat seperti fisik manusia atau tidak seperti fisik yang sama seperti dia. Temannya itu datang sambil tangannya membawa haiwan seperti anjing. Memang aku susah mahu jelaskan fisiknya itu seperti apa, sebab ini kali pertama dia datang bersama sosok entiti yang aku kenali itu dalam mimpi aku kali ini. Gambaran yang aku boleh berika soal sosok tanpa kepala itu sebagai contoh adalah seperti gambar dibawah ini:
Dalam mimpi aku itu, mereka berdua muncul dari pintu dapur dan pergerakan mereka sangat perlahan menuju di hadapan aku. Waktu itu aku tergamam dan aku berfikir sejenak,
"kenapa dia datang lagi?? Apa yang dia mahu?? Dan siapakah teman yang dia bawa itu??"
Bertalu-talu soalan bermain dalam fikiran aku pada waktu itu. Aku melihat mereka berdua menuju ke hadapan aku sangat perlahan dan membuatkan aku sedikit gementar ketakutan. Suasa pada waktu itu pula sangat sunyi dan sejuk tanpa ada suara sedikit pun. Hanya bulu roma aku sahaja berdiri akibat kedinginan dan ketakutan melihat cara mereka berdua datang di hadapan aku. Waktu mereka sudah pun berhenti tepat dihadapan aku, sosok entiti berjubah hitam yang aku kenali itu bersuara:
"Kau masih kenal aku lagi??"
Itulah pertanyaan yang ditujukan pada aku dan aku pun menjawab dengan suara yang agak sedikit gementar:
"Apa yang kau mahu??"

Tapi dia pula tidak menjawab pertanyaan yang aku tanyakan pada dirinya. Dia hanya melihat aku dengan wajah yang agak tersenyum dan merenung tajam kearah aku. Aku macam orang kebingungan waktu itu, perasaan takut aku makin tinggi. Tiba-tiba dia mengarahkan temanya yang tanpa kepala itu pergi kearah tubuh aku yang sedang tidur. Dengan pergerakan yang sangat perlahan, dia bersama anjing itu pergi ke arah tubuhku. Waktu itu aku ingin melindungi tubuhku daripada si tanpa kepala itu, tapi tidak boleh. Aku tidak boleh menggerakkan dadan aku waktu itu, aku rasa seperti ada sesuatu yang mengunci pergerakkan aku.
Waktu itu aku melihat si tanpa kepala itu melepaskan ikatan anjingnya dan anjingnya menggigit tubuhku yang sedang tidur itu di bahagian kaki kanan aku. Waktu itu mulut aku melepaskan lantunan perkataan:
"ALLAHUAKBAR"
Disebabkan lantunan kalimah itu, secara tiba-tiba badan aku boleh bergerak dan aku terus berlari ke arah anjing itu. Aku pun menendang anjing itu dan secara tiba-tiba anjing itu hilang di pandangan mata aku. Aku melihat si tanpa kepala itu menjongkok kan tubuhnya dan menghilang masuk kearah tubuh aku yang sedah tidur itu. Pabila si tanpa kepala itu sudah menghilang masuk kedalam tubuh aku yang sedang tidur itu, sosok entiti jubah hitam yang aku kenali itu mengeluarkan kata-kata seperti:
"Kau sudah dapat apa yang kau nak selama ini dan aku akan bersama dengan kau sampai ke hari kiamat"

Aku terduduk sambil menangis dan hanya pasrah dengan kata-katanya. Tiba-tiba telinga aku terdengar seperti laungan azan yang aku sendiri tidak tahu dari mana datang arah azan itu. Aku melihat sosok entiti jubah hitam itu seperti merintih kepanasan dan mengeluarkan kata-kata seperti:
"Tolong aku..!! Tolong aku..!! Aku adalah sahabat kau, kau sanggup melihat aku kepanasan seperti ini..?? Tolong aku ACHIK, tolong akuuuuuuu...!!!"
Dalam kesempatan itu, aku terus berdiri dan membaca beberapa surah ayat-ayat al-quran dan aku terus beradu tangan dengan entiti jubah hitam itu. Waktu itu, bermulalah pertarungan sengit antara aku dan entiti jubah hitam itu.

Dia melawan aku kembali, dalam pertarungan sengit itu, mulut aku tidak berhenti-henti menyebut kalimah ALLAH. Pada masa yang sama, aku terdengar seperti ada nama seseorang memanggil nama aku. Tiba-tiba tubuh aku menjadi lemah dan pandangan aku jadi kabur. Di dalam pandangan kabur aku itu, dengan samar-samar aku melihat entiti berjubah hitam itu melemparkan 1 tongkat yang berbentuk tombak kearah aku. Tombak itu terus menembusi tubuh aku dan waktu itu aku terus tersedar daripada tidur aku. Pabila aku membuka mata dari tidur aku, rupanya suara yang memanggil nama aku itu adalah suara kawan serumah aku yang waktu itu tidur disamping aku.
Dia bertanya, kenapa aku menjerit-jerit sambil menyebut kalimah ALLAH dan memukulnya. Waktu itu badan aku berasa sangat sakit seperti baru selesai mengangkat barang-barang berat. Aku hanya diam menahan sakit tubuh aku dan aku terus bangun disebabkan azan subuh waktu itu. Pabila menjelang fajar, aku masih terdiam dan tidak berkata apa-apa. Aku hanya sibuk kan diri menyiapkan sarapan sahaja. Dalam aku menyiapkan sarapan, kepala aku masih mengingati soal mimpi yang terjadi pada diri aku. Sampai sekarang, aku masih belum dapat jawapan kenapa mimpi itu belarutan terjadi pada diri aku..??
Dan yang membuatkan aku terfikir sampai sekarang adalah,
"Siapakah lelaki tanpa kepala yang bersama anjing itu?? Kenapa dia masuk kedalam jasad aku dan kenapa sosok endititi berjubah hitam yang aku kenali melemparkan tombak dan menembusi tubuh aku?? Kenapa anjing itu menggigit aku??"
Sampai ke hari ini aku tidak dapat jawapannya lagi. Aku hanya serahkan semuanya kepada yang maha kuasa, hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang berlaku terhadap diri aku. Wallahmualam..

TAMAT
Siapa jubah hitam tu...macam mana dia kenal achik
BalasPadamnanti saya akan ceritakan siapa si jubah hitam itu pula ok.. thanks for support me..
Padam