IRI HATI SESEORANG (ILMU HITAM)

Pengalaman aku kali ini terjadi di 1 kawasan yang terletak di negeri PERAK. Kawasan itu di panggil HUTAN MELINTANG, PERAK MALAYSIA. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah sewa yang aku diami disana, rumah itu terletak di area JALAN TEPI SUNGAI, KAMPUNG SEKOLAHRumah itu aku baru sewa bulan ini dan belum sampai 1 bulan lagi aku tinggal disitu. Kejadian pula berlaku pada hari ke 3 aku diami rumah itu dan berlaku pada sekitar jam 2 ke 3 pagi macam tu. Kisah ini adalah kisah benar yang terjadi pada diri aku sepanjang aku tinggal di hutan melintang sana, so aku akan ceritakan bagaimana kisahnya terjadi.

        Pada sekitar jam 10 malam selepas aku selesai minum ubat untuk kesihatan aku, aku akan duduk diruangan tamu sambil bermain dengan Hp aku. Waktu itu aku tinggal berdua dengan kawan aku dan dia juga menemani aku di ruangan tamu bermain Hp. Pada waktu itu pula, hujan tengah turun dengan sangat lebat. Kebetulan kami ini berlainan agama, kawan aku itu beragama BUDDHA dan aku pula ISLAM. Kami berdua ini tiada masalah bab agama ini, sebab sikap toleransi kami kuat. Jadi kami berdua tidak kisah soal itu. Balik pada cerita tadi, waktu itu aku memang rasa sejuk sangat lah sebab hujan lebat, aku pun bangun dan capai selimut aku dalam bilik sana dan duduk semula di ruang tamu.

        Tiba-tiba kawan aku bersuara: 

"HUISHHH, SEJUK GILA MALAM NI KAN?? RASA MACAM NAK MINUM KOPI PANAS PULAK. KAU NAK JUGA TAK?? AKU BUATKAN SEKALI"
.

Aku pun anggukkan kepala mahu juga. Dia pun bagun dan buat kopi di dapur. Tiba-tiba dalam aku tengah main Hp tu, aku terdengar seperti suara orang ketuk pintu. Kuat sangat suara tu, bila aku tengok jam dan aku perhatikan luar tingkap yang sedang hujan lebat tu, aku terfikir. Tak mungkin orang datang time-time macam ni. Aku pun ignore kan saja. Lepas tu kawan aku pun masuk keruang tamu sambil bawa 2 cawan kopi. Dia pon tanya pada aku: 

"BEB, KAU ADA DENGAR TAK SUARA ORANG KETUK PINTU TADI?? SAMPAI DAPUR AKU  DENGAR"
.

Aku pon jawab balik: 

"YA ADA. TAPI AKU MALAS NAK LAYAN"
.

Aku jawab sambil lewa.

        Kawan aku pun tanya lagi: 

"ASAL KAU TAK PERGI TENGOK?? MANA TAHU JIRAN SEBELAH NAK BERKENALAN KAH?? ATAU  NAK BERTANDANG KAH??. MANA TAU KAN"
.

Aku tengok muka kawan aku dan geleng kepala dengan cara dia bercakap. Aku pun jawab: 

"SEKARANG NI DAH PUKUL BERAPA?? CUBA KAU TENGOK LUAR TINGKAP HUJAN TU LEBAT MACAM MANA?? PIKIR SECARA LOGIK, SIAPA YANG NAK DATANG TIME2 MACAM NI?? FIKIR"
.

Kawan aku tersentak dengan kata-kata aku, dia pon diam saja sambil fikir sesuatu. Aku pula malas nak tanya dan sambung main Hp saja. Kami berdua buat hal masing-masing sampai lah jejak jam 1 pagi. Memang susah nak tidur time tu sebab sejuk dia lain macam saja. 

        Kami berdua memang susah nak tidur malam tu, dah puas bodek-bodek Hp, kami pun berbual soal apa yang kami nak buat nanti siang. Kami berdua pun plan lah macam-macam siapa check google lagi nak tengok ada tak tempat menarik di hutan melintang ni. Jumpa juga lah tempat menarik itu, ada 5 tempat pelancong boleh datang bercuti disini. Tiba-tiba kawan aku ini terlepas cakap yang ada seseorang marahkan aku, dia penduduk kampung itu juga. Aku pelik, aku buat salah apa sampai dia nak marah dengan aku?? Bertambah pula aku ini orang baru disini. Kawan aku bagitahu yang oner rumah ini cakap, sebelum aku sewa rumah ni, ada orang lain nak sewa. Tapi oner rumah tak bagi pada dia sebab waktu itu aku bayar dulu untuk deposit rumah sewa ini. So oner pun pilih aku.

        Aku pun cakap dengan kawan aku tu: 

"ADATLAH RUMAH SEWA, SIAPA CEPAT DIA DAPAT. YANG DIA NAK MARAH SANGAT TU APAHAL?? KALAU TIME TU DIA BETUL2 NAK RUMAH NI, BAYAR LAH DEPOSIT DULU SEBELUM AKU BAYAR. BEGONG BETUL"
.

Aku geleng kepala lepas cakap soal ini dan kawan aku pula bagitahu yang dia marah sangat dengan aku sebab aku berasal dari bandar dan aku pula terima bulat-bulat harga yang oner rumah tu bagi. Bagi orang-orang kampung situ, harga yang aku terima itu sangat mahal bagi mereka. Mereka takut oner rumah naikkan harga rumah lain pula sebab atas alasan, kalau aku boleh bayar, kenapa orang lain tak boleh??. Soal ini aku tak campur sangat, sebab bukan urusan aku yang nak aku peningkan kepala.

        Tiba-tiba mata aku berat dan aku cakap dengan kawan aku yang aku nak lelap dulu. Dia pun sama nak tidur juga. So kami berdua pun lelapkan mata di ruang tamu rumah. Dalam aku tidur itu, aku tersentak bangun macam orang terkejut sebab aku terdengar macam bunyi berdentum depan rumah. Aku pun tengok lah jam, baru jam 2 setengah pagi dan tak lama mana aku tidur time tu. Aku perhatikan luar tingkap, sebab tingkap rumah aku itu tidak ada langsir dan terbuat dari kaca slide macam tu. So aku boleh nampak luar, waktu itu aku nampak macam ada cahaya oren campur merah macam warna api. Aku pun perhatikan betul-betul dari dalam, aku nampak bentuk api itu macam bentuk bulat dan boleh dikatakan macam BERBOLA API tengah terbang. Bebola api itu terbang mengelilingi rumah dan berhenti depan rumah, contoh gambarnya seperti ini:




        Aku agak tergamam sikit dan aku try untuk alihkan perhatian aku dengan fikir positif sahaja. Dalam hati aku berkata: 

"MUNGKIN TANGLUNG ORANG CINA BUAT KOT, SEBAB AREA SINI KAN PENUH DENGAN CINA"
.

Aku pun perhatikan berbola api tu, dia mula terbang lagi kearah belakang rumah macam sedang cari sesuatu ruang untuk dia masuk. Waktu itu aku dalam kondisi mata yang sangat-sangat ngantuk dan mata aku jadi bertambah berat. Aku hiraukan saja dan aku terus ke ruang tamu dan sambung tidur balik. Dalam aku sedang lena tidur, aku bermimpi satu perkara yang agak menakutkan juga. Sebab sebelum ini aku ada bermimpi benda yang sama, cuma situasi dan masa yang berbeza lah. Dalam mimpi aku itu, aku melihat ada seseorang yang sedang duduk sambil membuat 1 ritual yang boleh di gelar sebagai
ILMU HITAM

        Dalam mimpi aku itu, aku tidak dapat melihat muka dia, hanya aku dapat lihat adalah barang-barang yang dia gunakan dan separuh badan dia sahaja. Waktu itu suasana sangat gelap dan hanya di terangi cahaya lilin dan asap kemenyan. Aku waktu hanya memerhatikan apa yang dia lakukan, sebab waktu itu aku tidak dapat berbuat apa-apa. Cuma aku terfikir, kalau ilmu hitam, mesti ada korban yang dia nak tujukan. Tapi aku tak nampak pula barang-barang yang selalu bomoh gunakan iaitu GAMBAR KORBAN, KERTAS TERTULIS NAMA KORBAN atau BAJU-BAJU KORBAN. Yang aku nampak waktu itu hanyalah barang-barang yang bomoh selalu gunakan sahaja untuk dia punya ritual. Contoh gambar yang aku boleh berikan adalah:




        Selepas aku melihat semua ritual yang dia lakukan itu, ada 1 perkara yang bomoh itu buat. Perkara itu pun aku pernah lihat dalam mimpi-mimpi aku sebelum ini, perkara itu adalah seperti dia MELETAKKAN 1 ABU DITANGANNYA DAN DIA MENGHEMBUS MELEWATI ANGIN. Itulah yang aku lihat, selepas dia hembus itu, aku terus tersedar dari tidur aku dan aku melihat jam dalam sekitar jam 3 pagi waktu itu. Aku pun perhatikan keaadaan sekeliling, tiada apa-apa perkara yang pelik berlaku di sekeliling aku. Aku perhatikan juga kawan aku, dia pun tidur lena macam tak ada yang ganggu dia. Aku bangun ke dapur sekejap sebab tekak aku tiba-tiba haus dan aku pun ambil segelas air dan minum.

        Sambil aku minum air, fikiran aku tak berhenti memikirkan apa yang aku mimpi sebenarnya?? Sebab dulu pun aku sering juga mimpi seperti itu sebelum ini. Macam-macam lah yang aku fikir. Tiba-tiba aku rasa macam nak menggunakan toilet ingin buang air kecil. Aku pun tunaikan hajat aku ke toilet, tiba-tiba waktu aku sedang selesaikan hajat aku itu, aku terdengar macam ada suara orang angkat dan letak barang di luar toilet. Aku pun bergegas selesaikan hajat aku itu dan keluar dari toilet. Lepas aku buka ja pintu toilet, aku terkejut sampai menjerit kecil sebab kawan aku tiba-tiba ada depan pintu toilet. Aku rasa nak pukul pon ada, nak marah pon ada sebab dia tak bersuara seperti bertanya ada orang atau tidak di toilet. Dia diam saja tanpa suara.

       Lepas dia nampak aku macam tu, dia tanya aku: 

"KENAPA BEB?? MACAM NAMPAK HANTU JA"
.

Aku pun jawab: 

"HA AH, MEMANG AKU NAMPAK HANTU. NI DEPAN AKU ADA SEKOR TERLEPAS DARI KUBUR"
.

Kawan aku ketawa bila aku cakap macam tu, dia pon cakap balik: 

"SORRY BEB KALAU AKU BUAT KAU TERKEJUT. NASIB BAIK JURUS SILAT KAU TU TAK MELAYANG KE MUKA AKU. KALAU TAK MEMANG BENGKAK MUKA AKU.. HAHAHAHA"
.

Aku pun jawab balik: 

"TAU PON KAU, LAIN KALI CAKAP LAH NAK PAKAI TOILET. INI DAH MACAM POCONG MINTAK BUKA KAIN KAPAN JA KAU BERDIRI MACAM TIANG GOL. HAISHHHHH. DAH CEPAT PAKAI, AKU MASUK DULU"
.

Kawan aku pon angguk kepala dia dan aku terus ke ruang tamu dalam keadaan membebel sebab terkejut tadi. 

        Di ruang tamu, aku duduk sambil tengok Hp dan suasana waktu itu masih hujan lagi. Cuma tak lebat macam awal-awal tadi lah. Kawan aku pun masuk keruang tamu dan terus duduk sebelah aku sambil capai Hp dia. Lepas tu aku pon cakap pada dia: 

"JOM SAMBUNG TIDUR BALIK"
.

Dia pun angguk kan kepala dan kami berdua pun baring sambung tidur semula. Aku pun terlena dalam tidur aku. Nak di pendek kan cerita, aku bermipi lagi sesuatu yang boleh dikatakan seram juga lah, itu bagi aku, bagi korang tak tahu lah seram ke tak. Dalam mimpi aku itu, aku didatangi seorang perempuan yang agak lusuh pakaiannya dan suasana situ pula macam dalam 1 ruangan bilik lama. Gambaran yang aku dapat berikan contohnya adalah:




        Fisik perempuan itu seperti berpakaian putih lusuh, rambut mengurai dan kelihatan seperti tidak terurus. Waktu itu aku nampak jasad aku berbaring diatas katil dan dalam posisi yang sedang tidur lena. Pakaian yang aku gunakan dalam mimpi aku itu, sama seperti yang aku gunakan dalam dunia rialiti. Perempuan itu datang dekat pada aku dan mula memegang kepala aku dengan mulut dia yang terkumat-kamit membaca sesuatu. Time tu aku tak dapat berbuat apa-apa, hanya terdiam dan hanya memerhatikan sahaja. Tiba-tiba aku bersuara: 

"KAU SIAPA?? APA YANG KAU NAK BUAT PADA BADAN AKU"
.

Perempan itu tidak layan apa soalan yang aku berikan pada dia. Dia terus lanjutkan apa yang dia nak buat pada jazad aku. Waktu itu aku nampak macam ada 1 cahaya merah keluar dari tangannya dan terus mengelilingi jazad aku. Perlahan-lahan cahaya itu meresap hilang di jazad aku. 

        Mulut aku terus melaungkan kalimah: 

"ALLAHUAKBAR"
,

perempuan itu terus pandang wajah aku dengan riak wajah senyum yang amat menakutkan. Wajahnya berubah jadi putih mayat dan ada kelabu sikit, mata merah dan senyuman sampai ke telinga. Selepas itu dia terus menghilang dan aku masih dalam suasana di tempat yang sama. Tiba-tiba aku lihat suasana bilik itu makin kabur dan makin hilang. Aku pun terbangun dari tidur dan waktu itu azan subuh bergema. Aku terus capai tuala, mandi dan terus menunaikan solat fardhu subuh. Selepas selesai dan fajar pun menjelma, aku terus siapkan sarapan, basuh baju dan lakukan kerja-kerja yang aku sering lakukan pada waktu pagi. 

        Pendekkan cerita, waktu zohor pon masuk dan aku nak ambil air sembahyang. Tiba-tiba aku rasa badan aku macam ada sesuatu yang bergerak dalam tubuh aku, rasa sakit bahagian semua sendi dan aku rasa macam ada sesuatu yang cuba nak keluar. Kejadian itu terjadi waktu laungan azan zohor. Aku pun hiraukan saja, mungkin aku kepenatan buat kerja tadi, aku fikir positif saja. Aku lanjutkan apa yang aku nak lakukan tadi. Sejak hari itu, perkara itu berlanjutan sampai seminggu dan setiap kali azan pasti aku akan rasa seperti itu. Dalam berjalannya hari dalam seminggu itu, macam-macam perubahan yang terjadi pada diri aku. Rasa marah aku sangat tinggi, kadang-kadang aku akan marah tanpa sebab dan alasan. Kawan aku memang perasan apa perubahan aku.

        Aku tidak tahan lagi, aku terus hubungi adik-adik aku yang berada di KAJANG, SELANGOR MALAYSIA. Aku ceritakan semua detail padanya, adik aku yang ke 2 ini dia seorang yang kuat agama. Jadi aku senang kalau nak cerita apa-apa padanya soal alam ghaib ini. Jawapan dia pula adalah ada perkara kotor yang melekat di tubuh aku. Aku pula waktu itu tak banyak cakap, aku hanya mengiyakan saja. Sebab banyak perkara yang dia cakap, sama seperti tanda-tanda yang ada pada tubuh aku. Dia pula sarankan suruh aku balik ke kajang dan dia akan ubatkan aku. Aku fikir 2 3 kali soal ini, sama ada aku nak balik atau tidak?? Sebab waktu itu kalau aku balik, kawan aku tinggal seorang di sana, risau pula aku nanti.

        So fikir punya fikir, aku pun ambil keputusan bawa dia bersama balik ke kajang. So petang itu juga aku terus pecut balik ke kajang. Sampai saja di rumah aku di kajang, depan pintu rumah aku itu, aku melihat ada sosok perempuan yang sama dalam mimpi aku berdiri di depan pintu rumah aku dalam riak wajah yang marah. Aku terus berkata dalam hati: 

"INI TEMPAT AKU, INI RUMAH AKU, KALAU KAU TAK MAHU MATI DEKAT SINI. JANGAN KAU GANGGU RUMAH AKU ATAU ADIK-ADIK AKU DALAM RUMAH INI"
.

Perempuan itu menghilang dan dengan ucapan bismillah, aku buka pintu dan berjumpa dengan adik-adik aku. Aku pun ceritakan apa yang terjadi depan pintu tadi dan adik aku faham dan hanya tersenyum sahaja.

        Malam itu adik aku buat solat hajat dan membuat 1 ramuan seperti BALDI BERISI AIR, LADA HITAM, GARAM BUKIT DAN BEBERAPA JENIS BUNGA. Aku nampak adik aku memebaca beberapa potongan ayat-ayat al-quran. Selepas selesai adik aku lakukan semua itu, adik aku terus memberitahu aku cara untuk aku mandi dengan air itu. Aku pun ikut sahaja apa yang adik aku cakap dan aku terus masuk ke toilet dan mandi dengan air yang adik aku buat. Selepas aku mandi dengan air itu, beberapa jam badan aku macam terasa sakit sangat seperti ada sesuatu yang ingin keluar. Aku beritahu adik aku dan adik aku menjawab: 

"DIA TENGAH BERLAWAN DALAM BADAN TU. NANTI KEJAP LAGI SAYA BUATKAN LAGI"
.

Aku hanya angguk kan kepala aku saja. Gambaran yang aku boleh berikan contoh soal ramuan itu adalah seperti ini:


 

          
        Selepas adik aku ubatkan aku, pendekkan cerita selang beberapa hari, aku tidak meresakan apa-apa yang aneh dibadan aku. Aku mengucapkan alhamdulilah dan melepaskan nafas lega. Lepas itu adik aku beritahu yang ada seseorang ingin menghantar sesuatu pada aku suapaya aku rasa takut tinggal di hutan melintang sana. Aku dengar dan aku geleng kepala sahaja, aku dan kawan aku pun macam fikir benda yang sama. Pasal rumah pon nak sihir-sihir bagai. Lepas itu aku dan kawan aku packing barang dan pulang ke hutan melintang sana. Sampai disana sahaja, aku dengar ada orang cerita yang rumah hujung dari deretan rumah aku, tiba-tiba ada yang menjerit mengucapkan perkataan: 

"PANASSSSSSSS"

        Aku dan kawan aku sudah tahu siapa yang buat perbuatan syirik pada aku dan kami berdua hanya tersenyum sahaja. Dalam hati aku berkata: 

"KAU MUNGKIN LEPAS DALAM DUNIA DENGAN APA ILMU YANG KAU NAK AMALKAN. TAPI DENGAN KEKUASAAN ALLAH, KAU MEMANG TAK AKAN BOLEH LARI DENGAN BALASAN YANG ALLAH BAGI"
.

Ingat ya kawan-kawan semua, kita harus ingat, tiada kuasa yang lebih kuat dalam dunia ini berbanding kuasa ALLAH S.W.T.. Ok kawan-kawan, saya akan share lagi pengalaman saya dan tq support ok.. Asalamualaikum.

TAMAT
         

Ulasan

  1. Tau tak siapa yang hantar tu...risau pulak kalau orang guna ii ni...ishhh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MIMPI ACHIK (LELAKI BERJUBAH HITAM DAN LELAKI TANPA KEPALA)

MISTERI KAWAT KAKI (HANTU JEPUN)

LEMBAGA HITAM MENGINTAI (HANTU AIR)